Petua
Jika kain mengandungi pelbagai jenis gentian yang berbeza, sentiasa pilih suhu yang diperlukan
oleh kebanyakan gentian halus, iaitu, suhu yang paling rendah. Contohnya: jika sesuatu pakaian itu
mengandungi 60% poliester dan 40% kapas, ia mesti diseterika pada suhu yang dinyatakan untuk
poliester (
1) dan tanpa stim.
Apabila anda menyeterika kain wul, tompok-tompok berkilau akan berlaku. Untuk mengelakkan
perkara ini, gunakan kain tekan kering atau pusingkan bahagian dalam pakaian keluar dan
seterika bahagian seterika bahagian belakangnya.
Seterika kain baldu dan lain-lain kain yang cenderung memperoleh tompok-tompok
berkilau dalam satu arah sahaja (bersama dengan nep) sambil anda memberi tekanan yang amat
sedikit.
Jangan gunakan stim semasa anda menyeterika sutera berwarna. Ini boleh menyebabkan kesan
kotor.
Menggunakan perkakas
Menyeterika dengan stim
Jangan sekali-kali halakan stim ke arah orang.
Penyeterikaan stim hanya boleh dilakukan pada suhu seterika yang lebih tinggi (tetapan suhu 2
hingga MAX).
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Pilih suhu seterika antara 2 dan MAX.
3 GC6320: Pilih tetapan stim yang sesuai untuk suhu seterika yang dipilih: (Gamb. 8)
Pilih tetapan stim rendah hingga sederhana untuk tetapan suhu
2.
Pilih tetapan stim sederhana hingga MAX untuk tetapan suhu
3 hingga MAX.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan fungsi stim pada tetapan suhu 1.
4 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan kedua-dua suis
tangki stim dan seterika ke ‘hidup’.
Tangki stim dan lampu kuasa hidup seterika menyala. Lampu suhu pada seterika jua akan
menyala.
Tangki stim dan tapak plat mula menjadi semakin panas.
Mula sejuk: tapak plat mengambil masa kira-kira 2 minit untuk menjadi panas dan tangki stim
mengambil masa kira-kira 8 minit untuk menjadi panas.
Pemanasan semula cepat: jika anda mengisi semula tangki stim semasa menyeterika, air di dalam
tangki mengambil masa kira-kira 6 minit untuk menjadi panas.
5 Sebaik saja air di dalam tangki stim menjadi cukup panas untuk menyeterika dengan stim,
kuasa hidup tangki stim padam.
Perkakas kini sedia untuk menyeterika dengan stim.
6 Pastikan pengaktif stim tertekan semasa anda menyeterika dengan stim. (Gamb. 9)
Jika anda hendak menggunakan fungsi stim secara berterusan, luncurkan kunci pengaktif ke
kedudukan mengunci. Untuk menghentikan penghasilan stim, lepaskan kunci pengaktif stim.
Nota: Semasa menyeterika dengan stim, lampu suhu menyala dari masa ke semasa. Ini menandakan
bahawa seterika semakin panas hingga ke suhu yang betul.
Nota: Jika anda tidak menggunakan fungsi stim buat beberapa waktu, stim yang masih ada dalam hos
bekalan akan memeluwap menjadi air. Apabila anda memulakan seterika stim lagi, ini boleh
menyebabkan perkakas berdetus sedikit dan beberapa titisan air keluar dari tapak platnya.
-
-
-
-
-
-
,
,
-
-
,
,
BAHASA MELAYU 33