EasyManua.ls Logo

Philips GC7833 - Page 15

Philips GC7833
46 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
17
Catatan: Bekas CALC-CLEAN telah ditetapkan untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Calc-Clean. Adalah sangat selamat untuk meletakkan seterika di atas bekas ini
sepanjang proses.
5 Semasa proses Calc-Clean, anda mendengar bunyi bip dan bunyi pam (Raj. 21).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas menyelesaikan proses. Apabila proses Pembersihan
Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN berhenti berkelip.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 23).
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-
kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya. Kemudian bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki,
kosongkannya dan simpan untuk kegunaan masa depan (Raj. 24).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 8. Pastikan anda mengosongkan bekas Calc-
Clean sebelum anda memulakan proses Calc-Clean.
Catatan: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika
tiada kerak yang terkumpul dalam seterika. Ini perkara biasa.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara melakukan proses Calc-Clean, rujuk video dalam pautan
ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan tapak seterika
Untuk menyelenggarakan perkakas anda dengan betul, bersihkan dengan kerap.
1 Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
2 Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah dan berkesan, biarkan plat tapak memanas dan
gerakkan seterika pada kain lembap.
Petua: Bersihkan plat tapak dengan kerap untuk memastikan luncuran yang lancar.
Penyimpanan
1 Matikan penjana stim dan cabut palamnya.
2 Tuangkan air keluar dari tangki air ke dalam sink.
3 Gulung hos bekalan. Lilit hos bekalan dalam ruang penyimpanan hos bekalan dan simpannya
dalam cangkuk storan (Raj. 27).
4 Gulung kord sesalur kuasa dan ikat dengan jaluran Velcro (Raj. 28).
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk mengunci seterika pada platform seterika (Raj. 29).
6 Anda boleh membawa perkakas dengan mudah dengan satu tangan pada pemegang seterika
semasa seterika dikunci pada platform (Raj. 30) seterika.
Bahasa Melayu

Related product manuals