2 Memasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan.
3 Untuk memulakan proses Pembersihan Kerak secara manual,
tekan dan tahan butang pilihan stim di bahagian tengah sambil
menghidupkan perkakas pada masa yang sama. Lepaskan butang
pilihan stim hanya apabila lampu Pembersihan Kerak Auto berwarna
biru menyala.
4 Ikut langkah 1-4 bagi proses Pembersihan Kerak Auto seperti yang
dihuraikan di atas.
Nota: Proses Pembersihan Kerak secara manual hanya boleh diaktifkan
apabila perkakas sejuk sepenuhnya. Sekiranya perkakas masih terlalu panas
untuk proses Pembersihan Kerak manual, butang pilihan stim akan menyala
dan perkakas akan berterusan memanas untuk digunakan.
Penyimpanan
1
Matikan perkakas (1) dan cabut plagnya (2).
Tekan butang gulung semula kord untuk menyimpan kord.
Kosongkan tangki Pembersihan Kerak sekiranya ia diisi.
2 Lilit hos bekalan di sekeliling bahagian bawah penjana stim.
Nota: Pastikan Hos bekalan diletakkan dengan elok di dalam alur
penyimpanan dan di dalam pendakap.
3 Letakkan alas letak seterika penahan panas di atas penjana stim dan
letakkan seterika di atas alas.
Nota: Anda tidak perlu menunggu sehingga perkakas sejuk. Anda boleh
menyimpan perkakas dengan segera selepas digunakan.
-
-