4 Luncurkan gelangsar kunci bawa ke kanan untuk mengunci seterika
pada penjana stim.
5 Kini, anda boleh membawa seluruh perkakas dengan mudah melalui
pemegang seterika.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda
hadapi dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan
maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara
anda.
Masalah Sebab yang mungkin dan penyelesaian
Perkakas tidak menjadi
panas.
Terdapat masalah sambungan. Periksa kord sesalur kuasa, plag dan soket
dinding.
Perkakas tidak dihidupkan. Tetapkan suis hidup/mati kepada ‘ hidup’.
Tetapan suhu sangat rendah. Tetapkan suhu yang lebih tinggi.
Asap keluar dari
sistem penyeterikaan
baru saya apabila saya
menghidupkannya.
Sesetengah bahagian perkakas telah digris sedikit di kilang dan mungkin
mengeluarkan asap semasa dipanaskan. Fenomena ini adalah perkara biasa
dan berhenti selepas beberapa ketika
Perkakas tidak
menghasilkan sebarang
stim.
Air di dalam tangki tidak mencukupi. Masukkan air ke dalam tangki air.
Penjana stim tidak dipanaskan secukupnya. Tunggu lebih kuranag 2 minit.
Tetapan suhu penyeterikaan terlalu rendah untuk penyeterikaan stim. Pilih
suhu sebanyak 2 atau lebih tinggi.
Tangki air tidak diletakkan dengan betul di dalam penjana stim. Letakkan tangki
air di dalam penjana stim dengan betul (‘klik’).
BAHASA MELAYU38