Mengoptimumkan jangka hayat bateri boleh cas
Setelah anda mengecas perkakas buat kali pertama, kami mengesyorkan
anda agar menggunakannya sehingga bateri betul-betul kosong.
Terus menggunakan perkakas sehingga motor hampir berhenti berjalan
semasa sesi perapian. Kemudian caskan bateri semula. Ikuti prosedur ini
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Menggunakan perkakas
Tetapan kepanjangan rambut ditunjukkan dalam milimeter. Tetapan ini
berpadanan dengan panjang rambut yang tinggal selepas digunting.
Apabila anda merapi buat kali pertama, berhati-hatilah. Jangan gerakkan
perapi terlalu pantas. Buat gerakan yang lancar dan lembut.
Petua: Mulakan perapian pada tetapan kepanjangan yang tinggi dan
kurangkan tetapan kepanjangan secara perlahan-lahan sehingga anda
mencapai kepanjangan rambut yang diinginkan.
Merapi dengan sikat
Terdapat 3 sikat berlainan:
- 1-7mm
- 7-24mm
- 24-42mm
1 Pasang salah satu sikat pada perkakas.
2 Tekan butang atas atau butang bawah untuk memilih tetapan
kepanjangan yang diingini.
Nota: Apabila anda merapi buat kali pertama, mulakan pada tetapan
kepanjangan tertinggi untuk membiasakan diri anda dengan perkakas ini.
3 Hidupkan perkakas.
BAHASA MELAYU 29