4 Untuk merapi dengan paling berkesan, gerakkan perapi dengan
melawan arah pertumbuhan rambut. Pastikan bahawa permukaan
sikat sentiasa bersentuhan dengan kulit.
Merapikan tanpa sikat
Gunakan perapi tanpa sikat perapian untuk memotong rambut hampir
dengan kulit (0.5mm) atau untuk membentuk garis leher dan jambang.
Berhati-hati ketika menggunting tanpa sikat kerana elemen
pemotong memotong setiap helai rambut yang disentuhnya.
1 Tolak sikat keluar daripada perkakas.
2 Hidupkan suis perkakas.
3 Sentuh rambut secara perlahan dengan perapi.
Lakukan pergerakan yang terkawal.
Ciri
Kunci penetapan kepanjangan
Ciri ini mengelakkan penukaran tetapan kepanjangan secara tidak sengaja
semasa perapian. Setiap kali anda menghidupkan perkakas, kunci penetapan
kepanjangan akan diaktifkan. Anda hanya boleh mengubah tetapan
kepanjangan jika anda mematikan perkakas.
1 Tekan butang atas atau butang bawah untuk memilih tetapan
kepanjangan.
BAHASA MELAYU30