2 Hidupkan suis perkakas.
, Simbol kunci mula berkelip. Anda tidak boleh mengubah tetapan
kepanjangan lagi.
Nota: Jika anda ingin memilih tetapan kepanjangan yang berlainan,
matikan perkakas. Tekan butang atas atau butang bawah untuk memilih
tetapan kepanjangan yang dikehendaki dan hidupkan perkakas sekali lagi.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol, petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya
di bawah air paip.
Nota: Hanya elemen pemotongan dan sikat boleh dibersihkan dengan air.
1 Pastikan perkakas dimatikan dan ditanggalkan daripada sesalur kuasa.
2 Lapkan perumah perkakas dengan kain kering.
3 Keluarkan sikat dan bersihkannya dengan berus atau bilasnya
di bawah paip.
Awas: Pastikan bahawa sikat adalah kering sebelum anda memasangnya
semula pada perkakas.
4 Tekan butang pelepas (1). Unit pemotongan akan keluar daripada
perkakas (2).
5 Bersihkan unit pemotong dengan berus atau bilas ia di bawah paip.
Buang lebihan air dan keringkannya.
Jangan keringkan unit pemotong dengan tuala, kerana ini akan
merosakkan elemen pemotong.
Awas: Pastikan unit pemotong adalah kering sebelum anda memasangnya
semula pada perkakas.
1
2
BAHASA MELAYU 31