Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
1 Tanggalkan apa-apa pelekat dan lap badan pembuat sandwic dengan kain lembap.
2 Tarik tab pengunci ke atas (1) dan buka pembuat sandwic (2) (Gamb. 2).
3 Bersihkan plat masak dengan kain yang lembap atau span (Gamb. 3).
Nota: Perkakas mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda menggunakannya pada kali pertama.
Ini adalah perkara biasa.
1 Sapu plat masak dengan sedikit mentega atau minyak.
2 Untuk melaraskan panjang kord, lilitkan sebahagian daripadanya pada kemudahan
penyimpanan kord.
3 Masukkan plag utama ke dalam soket dinding (Gamb. 4).
, Lampu merah kuasa hidup menyala.. Lampu ini tetap menyala selama perkakas ini
disambungkan ke salur utama.
, Lampu hijau pemanasan menyala.
, Lampu hijau pemanasan padam apabila perkakas sedia untuk digunakan.
4 Sediakan bahan untuk sandwic bakar sementara perkakas dipanaskan.
Nota: Bagi setiap sandwic, anda perlukan dua keping roti dan inti yang sesuai. Lihat bab ‘Resipi’ untuk
mendapat cadangan.
Nota: Sapukan sedikit mentega pada sisi roti yang akan bersentuhan dengan plat masak untuk
mendapat hasil yang rata, dan berwarna perang keemasan.
Nota: Untuk memastikan sandwic ditutup dengan optimum, jangan isi inti terlalu rapat dengan bahagian
tepi kepingan roti.
5 Buka pembuat sandwic.
6 Letak sandwic yang hendak dimasak pada plat masak sebelah bawah (Gamb. 5).
Nota: Anda boleh membakar hanya satu sandwic, jka anda kehendaki.
7 Untuk menutup pembuat sandwic, turunkan plat masak sebelah atas perlahan-lahan ke atas
roti (1) sehingga tab pengunci menguncikan plat secara automatik (2) (Gamb. 6).
Nota: Apabila sedang masak, lampu hijau pemanasan menyala dan padam. Ini menandakan bahawa
elemen pemanasan dihidupkan dan dimatikan untuk mengekalkan suhu yang betul.
8 Buka pembuat sandwic selepas 3-4 minit untuk melihat sama ada sandwic berwarna perang
keemasan.
Nota: Masa memasak yang diperlukan untuk menghasilkan sandwic yang rangup dan perang
bergantung pada jenis roti, inti dan cita rasa peribadi anda.
9 Keluarkan sandwic (Gamb. 7).
Gunakan alatan kayu atau plastik (cth.spatula) untuk mengeluarkan sandwic bakar daripada pembuat
sandwic. Jangan gunakan alatan dapur logam, yang tajam atau yang melelas.
19