EasyManua.ls Logo

Philips HD4743 - Page 39

Philips HD4743
84 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
5 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap
atau mod simpan panas. Lampu masak/panas semula akan mula berkelip (Gamb. 10).
6 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.

1 Masukkan ramuan untuk sup dan air dalam periuk di dalam.
Jangan melampaui paras air maksimum yang ditandakan pada skala di dalam periuk dalam yang
sepadan dengan Congee.
2 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
3 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak sup (Gamb. 6).
4 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang
dikehendaki (Gamb. 14).
5 Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki. Anda
boleh menetapkan sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam (Gamb. 11).
6 Tekan butang MASAK/PANAS SEMULA untuk memulakan proses memasak sup (Gamb. 13).
, Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula.
, Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa
semasa.
Untuk melihat masa memasak yang dipratetap, tekan butang MASA MEMASAK.
, Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas
secara automatik.
7 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap
atau mod simpan panas. Lampu masak/panas semula akan mula berkelip (Gamb. 10).
8 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikannya.

1 Sukat 3 cawan air dengan cawan penyukat dan tuangkannya ke dalam pot dalam.
Jumlah air berbeza-beza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
Ia akan mengambil kira-kira 8 minit untuk 3 cawan air mendidih.
2 Letakkan makanan yang hendak dikukus di atas pinggan atau dulang kukus.
Untuk memastikan pengukusan yang sekata, makanan hendaklah diratakan dengan sekata dan tidak
dilonggokkan.
3 Letak dulang kukus di dalam periuk dalam (Gamb. 15).
4 Jika anda menggunakan pinggan yang berasingan, masukkannya ke dalam dulang kukus.
5 Tutup dengan tudung periuk dengan rapi.
6 Tekan butang MENU untuk memilih mod mengukus (Gamb. 16).
7 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa mengukus yang
dikehendaki (Gamb. 14).
Masa pengukusan lalai selama 15 dipaparkan.
8 Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa yang dikehendaki. (Gamb. 11).
Anda boleh menetapkan sebarang masa antara 10 minit dan 1 jam.
Jika anda gagal untuk menetapkan masa memasak, masa mengukus lalai selama 15 minit akan
digunakan.
 39

Other manuals for Philips HD4743

Related product manuals