Penggantian
Cabut plag perkakas dan biarkan lampu menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum
mengganti lampu.
- Lampu mesti digantikan dengan lampu inframerah yang serupa (Philips PAR38E/150W).
- Anda boleh mendapatkan atau memesan lampu baru daripada wakil penjual Philips anda.
- Lampu bagi perkakas ini tidak mengandungi bahan yang berbahaya kepada persekitaran.
Anda boleh membuang lampu lama dengan sisa buangan rumah yang biasa.
Kitar semula
Jangan buang produk bersama sisa buangan rumah yang biasa pada akhir hayatnya,
tetapi serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian,
anda membantu memelihara alam sekitar.
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan sedunia.
Sekatan jaminan
Terma jaminan antarabangsa tidak meliputi lampu inframerah.
Penyelesai Masalah
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support
untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Perkakas tidak
berfungsi.
Plag telah tidak
dimasukkan dengan
betul ke dalam soket
dinding.
Pasangkan plag ke dalam soket dinding dengan
betul.
Bekalan elektrik
terputus.
Sambung perkakas lain untuk memeriksa sama ada
bekalan kuasa berfungsi.
Lampu itu rosak. Ganti lampu (lihat bab ‘Penggantian’).
Kord sesalur rosak. Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun
pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
BAHASA MELAYU28