EasyManua.ls Logo

Philips HR1367/01 - Page 40

Philips HR1367/01
88 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...

Pemukul bertujuan untuk memukul krim, memukul putih telur, pencuci mulut dsb.
1 Sambungkan pemukul pada unit gandingan (Gamb. 12).
2 Sambungkan unit gandingan pada unit motor (‘klik’) (Gamb. 13).
3 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk.

Ramuan: Kuantiti Tempoh
Krim 250ml 70-90saat
Putih telur 4 biji telur. 120saat
Nota: Jangan memproses lebih daripada 1 kelompok tanpa henti seketika. Biarkan perkakas menjadi
sejuk hinggap ke suhu bilik sebelum anda meneruskan pemprosesan.
4 Tenggelamkan pemukul sepenuhnya ke dalam bahan ramuan. Untuk mengelakkan percikan,
mulakan pemprosesan pada kelajuan biasa dengan menekan butang kelajuan biasa. (Gamb. 14)
5 Teruskan dengan kelajuan turbo selepas lebih kurang 1 minit dengan menekan butang kelajuan
turbo.

Jangan tenggelamkan unit motor, unit gandingan pemukul atau tudung mangkuk di dalam air.
Bersihkan bahagian-bahagian ini dengan kain lembap.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Bersihkan mata pisau bar pengisar, unit mata pisau dan cakera gabungan dengan amat berhati-hati.
Mata pemotongnya sangat tajam.
1 Tanggalkan plag perkakas.
2 Tekan butang pelepas pada unit motor untuk mengalihkan bar pengisar, unit gandingan
pemukul atau untuk menanggalkan unit motor dari tudung mangkuk.
3 Alihkan bahagian-bahagian yang boleh tanggal, jika ada.
4 Lihat jadual pembersihan yang berasingan untuk arahan lanjut.
5 Letakkan penutup pelindung pada unit mata pisau selepas pembersihan.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawalah ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara
alam sekitar (Gamb. 16).

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di  atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara
anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat
Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual Philips setempat anda.
40