Menggunakan penapis
1 Letakkan tudung di atas balang pengisar.
2 Letak bahan-bahan ke dalam penuras. (Gamb. 7)
Jangan melebihi penunjuk MAX pada jaringan penapis.
3 Tuangkan air atau cecair lain (susu, jus, dll.) ke dalam balang pengisar.
4 Masukkan cawan penyukat ke dalam lubang pada tudung.
5 Biarkan perkakas berjalan untuk lebih kurang 40 saat.
6 Matikan perkakas dan keluarkan balang pengisar dengan unit pisau terpasang dari unit motor.
Jangan buka penutup. Biarkan cawan penyukat dan penuras di dalam balang.
7 Tuangkan minuman melalui bibir penuang balang pengisar. (Gamb. 8)
Petua: Untuk mendapatkan hasil yang optimum, letakkan balang yang berisi bahan selebihnya kembali di
atas perkakas dan biarkan ia berjalan selama beberapa saat lagi.
Nota: Apabila anda mengisar kuantiti yang banyak, kami nasihatkan agar anda tidak memasukkan
kesemua bahan ke dalam penapis sekaligus. Mula dengan mengisar kuantiti yang kecil dan biarkan
perkakas berjalan selama beberapa saat. Kemudian matikan perkakas dan tambahkan lagi kuantiti
kecil. Ulangi prosedur ini sehingga anda habis memproses semua bahan. Sentiasa pastikan balang
pengisar sentiasa tertutup semasa pemprosesan.
8 Bersihkan semua bahagian boleh tanggal serta merta selepas penggunaan (lihat bab
‘Pembersihan’).
Pengisar kering
Perkakas ini dibekalkan dengan dua pengisar.
- Pengisar kering (yang lebih kecil) dimaksudkan untuk mengisar bahan-bahan kering, seperti
kacang-kacangan kering, beras kering, udang kering atau daun teh kering.
- Pengisar basah (yang lebih besar) dimaksudkan untuk memotong bahan-bahan yang lembap,
seperti pes cili dan beras yang telah direndam.
Menggunakan pengisar kering
1 Masukkan bahan ke dalam bikar pengisar (Gamb. 9).
Anda boleh memproses bahan-bahan yang basah dan kering.
Jangan isikan balang pengisar kering melebihi penunjuk ‘MAX’.
2 Pasang gelang pengedap pada unit bilah pengisar (pengisar kering) atau pasang gelang
pengedap pada unit bilah pengisar basah (pengisar basah) (Gamb. 10).
3 Letakkan unit bilah pengisar kering pada bikar pengisar kering (1) atau letakkan unit bilah
pengisar basah pada bikar pengisar basah (1) dan skrukan unit bilah melawan arah jam (2)
sehingga ia terpasang dengan betul (Gamb. 11).
4 Terbalikkan pengisar yang telah dipasang dan ketatkannya pada unit motor (Gamb. 12).
5 Masukkan plag utama ke dalam soket.
6 Tekan dan tahan butang PULSE dan biarkan pengisar berjalan sehingga bahan-bahan menjadi
cukup halus.
Ini mengambil masa lebih kurang 10-30 saat.
BAHASA MELAYU42