EasyManua.ls Logo

Philips HR2028 - Bahasa Melayu

Philips HR2028
96 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
38
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Cawan penyukat
B Penutup balang pengisar
C Balang pengisar
D Penunjuk paras
E Gegelang kedap
F Unit pisau
G Unit motor
H Panel kawalan
- Butang kelajuan (1 dan 2)
- Butang denyut/mati
I Penuras
J Bikar pengisar kering
K Bikar pengisar basah
L Gegelang kedap pengisar
M Unit pisau pengisar
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Am
Bahaya
- Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, mahupun
membilasnya di bawah air paip. Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak.
- Jangan sekali-kali gunakan balang pengisar, bikar pengisar kering atau bikar pengisar basah untuk
menghidup atau mematikan perkakas.
- Jangan biarkan perkakas digunakan tanpa pengawasan.
- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata
pisaunya amat tajam.
- Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat
pisau.
- Pastikan unit mata pisau dipasang dengan kukuh pada balang pengisar atau bikar pengisar
sebelum anda memasang balang pengisar atau bikar pengisar pada unit motor.
BAHASA MELAYU

Related product manuals