Awas
- Tanggalkan plag pengisar setiap kali sebelum anda memasang, menanggalkan pemasangan atau
melaraskan balang pengisar, pengisar kering atau pengisar basah, dan sebelum anda mula
membersihkan pengisar.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Jangan melebihi paras maksimum yang ditandakan pada balang pengisar dan bikar pengisar.
- Tahap hingar: Lc= 86 dB(A).
Pengisar
Amaran
- Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam balang semasa perkakas sedang
berjalan.
- Pastikan mata pisau dipasang dengan kejap pada balang pengisar sebelum anda memasang balang
pengisar pada unit motor.
Awas
- Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas dari 80ºC.
- Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
- Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas dan cabut plagnya.
Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.
- Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul pada balang dan cawan penyukat dimasukkan
dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini.
- Jangan sekali-kali terlupa untuk memasukkan gelang kedap ke dalam unit mata pisau sebelum
anda memasang unit mata pisau pada balang pengisar, kerana jika tidak bocor akan berlaku.
- Jangan biarkan perkakas berjalan selama lebih daripada 3 minit setiap kali.
- Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.
Pengisar kering dan pengisar basah
Amaran
- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar kering mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti
buah pala, gula batu dan ketulan ais.
- Jangan gunakan pengisar basah untuk mencampurkan cecair atau untuk menghancurkan ketulan
ais. Gunakan balang pengisar untuk memproses bahan-bahan ini.
- Jangan sentuh mata pisau pemotongan pada unit pisau pengisar apabila anda membersihkannya.
Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah.
Awas
- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar kering atau pengisar basah melebihi 30 saat tanpa
berhenti seketika. Biarkan pengisar kering atau pengisar basah menyejuk sehingga suhu bilik
sebelum memulakan kitaran pemprosesan yang seterusnya.
- Biarkan bahan-bahan panas menyejuk dahulu sebelum anda memprosesnya di dalam pengisar
kering atau basah (suhu maksimum 80°C).
- Jangan sekali-kali lupa menempatkan gelang pengedap di dalam unit mata pisau sebelum
memasang balang pengisar. Jika tidak, bocor akan berlaku.
- Sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan bahan-
bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin meninggalkan kesan ke atas bahan-
bahan plastik perkakas ini.
- Bikar pengisar mungkin akan berubah warna apabila anda menggunakannya untuk memproses
bahan-bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis.
BAHASA MELAYU 39