EasyManua.ls Logo

Philips HR2028 - Page 40

Philips HR2028
96 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
- Pengisar kering dan pengisar basah tidak sesuai untuk mencincang daging mentah. Sebaliknya,
gunakan pengisar.
- Jangan gunakan pengisar kering dan pengisar basah untuk memproses cecair seperti jus buah.
- Jangan proses bahan-bahan kering seperti biji kopi dan kekacang kering di dalam pengisar basah.
Penuras
Awas
- Jangan sekali-kali menggunakan penapis untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas
daripada 80 C.
- Jangan sekali-kali terlalu membebankan penuras. Jangan masukkan lebih daripada 75g kacang soya
kering atau 160g buah-buahan ke dalam penuras sekali gus.
- Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul dan cawan penyukat dimasukkan dengan betul
ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini.
- Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
- Rendam bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika anda telah memasang
balang pengisar, bikar pengisar kering atau bikar pengisar basah pada unit motor. Jika balang pengisar
atau bikar pengisar dipasang dengan betul, kunci keselamatan terbina dalam akan dibuka kuncinya.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’).
Menggunakan perkakas
Anda boleh melaraskan panjang kord dengan menggulungkan sebahagian daripadanya pada
gelendong di bahagian bawah tapak. Lalukan kord melalui slot dalam tapak.
Pengisar
Pengisar ini dimaksudkan untuk memuri halus, mencincang, dan mengisar. Dengan menggunakan
pengisar ini, anda boleh menyediakan sup, sos dan susu kocak. Anda boleh juga menggunakan
pengisar untuk mengisar sayur, buah, daging, bater penkek dll.
Menyediakan pengisar untuk digunakan
1 Pasangkan gegelang kedap pada unit pisau pengisar (Gamb. 2).
2 Letakkan unit mata pisau di bahagian bawah balang pengisar (1). Putarkan skru melawan arah
jam (2) sehingga ia dipasang dengan betul. (Gamb. 3)
3 Letakkan balang pengisar dengan unit pisau dipasang di dalamnya pada unit motor dan
pasangkannya dengan memutarkannya mengikut arah jam (‘klik’). (Gamb. 4)
Balang pengisar boleh dipasang dengan dua cara: dengan pemegangnya berada di sisi kanan atau di
sisi kiri.
4 Masukkan plag utama ke dalam soket.
BAHASA MELAYU40

Related product manuals