Pes cili
Nota: Resipi ini boleh disediakan dengan pengisar basah.
Ramuan:
- 6g cili kering, dibuang bijinya
- 20g cili hidup, dibuang bijinya
- 30g bawang merah
- 1ulas bawang putih
- 1 sudu besar air
1 Masukkan semua bahan ke dalam pengisar basah.
2 Gunakan tetapan PULSE untuk memproses bahan-bahan selama 30 saat.
Susu soya
Nota: Resipi ini hanya boleh disediakan dengan penuras (HR2027/HR2024 sahaja).Anda boleh
memesan penuras bagi HR2021 dan HR2020 sebagai aksesori tambahan dari penjual Philips anda.
Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.
Ramuan:
- 75g kacang soya kering
- 640ml air
1 Rendamkan kacang soya selama 4 jam sebelum anda memprosesnya. Kemudian toskannya.
2 Masukkan kacang soya yang telah direndam ke dalam penuras dan tuang air ke dalam balang
pengisar. Kisar selama 30 saat.
3 Tuangkan susu soya ke dalam periuk dan didihkannya. Kemudian tambah sedikit gula dan
biarkan susu soya merenih sehingga semua gula telah dilarutkan.
4 Hidang panas atau sejuk.
Sup sayur berkhasiat dari Budapest
Ramuan:
- 120g kolrabi
- 180g kentang
- 180g daun saderi
- 60g lobak
- 100g daging babi salai
- 0.55ltr air
- 100g kacang dal (dalam tin)
- 125g crème fraîche
- 10g daun pasli
- garam, lada hitam, 1 kiub rebusan, 1 helai daun salam
1 Potong dahulu bahan-bahan menjadi bahagian sekecil 2x2x2cm.
2 Masukkan kohlrabi, kentang, daun saderi, lobak merah dan 0.42l air, mengikut turutan ini ke
dalam balang pengisar. Kemudian kisar selama 30 saat.
3 Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali leper dan didihkan. Tambah baki air (0.13l),
crème fraîche, kacang dal, daging, herba, kiub rebusan dan perasa.
4 Biar sup merenih selama 30 minit. Kacaukan sup dengan tetap.
BAHASA MELAYU 45