Perihalan umum
Blender
A Unit motor
B Tombol kawalan
C Antara muka unit mata bilah
D Unit mata bilah
E Gelang kedap
F Balang pengisar dengan penunjuk aras
G Tudung
H Cawan penyukat bersenggat
Penapis
B
Jenis HR2094 sahaja.
I Penapis buah
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpankan ia bagi rujukan masa depan.
Umum
◗ Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
◗ Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur, plag atau bahagian lain
rosak.
◗ Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat
servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan kelayakan
seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
◗ Cabutkan plag perkakas dari sesalur setiap kali sebelum memasang,
membuka atau melaraskan mana-mana aksesorinya.
◗ Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-
apa cecair lain, mahupun membilaskannya di bawah air paip.
Gunakan hanya kain lembap untuk membersihkan unit motor.
◗ Cabutkan plag perkakas serta-merta selepas digunakan.
◗ Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
◗ Jangan sekali-kali biarkan perkakas berjalan tanpa diawasi.
◗ Jangan lebihi aras maksimum yang ditunjukkan pada aksesori.
◗ Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam
balang semasa perkakas sedang berjalan.
◗ Jika mata bilah tersekat, cabutkan plag perkakas sebelum
mengeluarkan bahan yang menyekat pergerakan mata bilah.
◗ Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula
membersihkan unit motor.
◗ Jangan sekali-kali gunakan aksesori atau bahagian keluaran pembuat
lain ataupun yang tidak khususnya disyorkan oleh Philips. Jaminan
anda akan terbatal jika aksesori atau bahagian sedemikian
digunakan.
BAHASA MELAYU16