◗ Elakkan daripada menyentuh pinggir pemotong unit mata bilah
apabila membersihkannya. Bahagian ini sangat tajam dan mudah
melukakan jari anda.
Pengisar
◗ Jangan sekali-kali isikan balang pengisar dengan bahan yang melebihi
suhu 80cC.
◗ Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5
liter cecair ke dalam balang pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda
mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih daripada 1.25
liter ke dalam balang pengisar apabila anda mengisar cecair panas
atau bahan yang mudah berbuih.
◗ Jangan sekali-kali terlupa untuk memasukkan gelang kedap ke dalam
unit mata bilah sebelum anda memasang balang pengisar, kerana jika
tidak bocor akan berlaku.
◗ Sentiasa pastikan tudung perkakas ditutup rapat dan cawan
penyukat dimasukkan dengan baik sebelum anda menghidupkan
perkakas.
Penapis
◗ Jangan sekali-kali isikan balang pengisar dengan bahan yang melebihi
suhu 80cC.
◗ Jangan sekali-kali isikan penapis dengan berlebihan. Jangan
masukkan lebih daripada 125g kacang soya atau 150g buah ke
dalam penapis pada waktu yang sama.
◗ Pastikan tudung tertutup rapat dan cawan penyukat dimasukkan
dengan baik setiap kali sebelum anda menghidupkan perkakas.
◗ Potong buah menjadi lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam
penapis.
◗ Rendamkan bahan kering, seperti kacang soya, sebelum
memasukkannya ke dalam penapis.
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan anda hanya boleh menghidupkan perkakas apabila
aksesori diletakkan di atas unit motor dalam kedudukan yang betul.
Apabila aksesori dipasangkan dengan betul, kunci keselamatan binaan
dalam akan dibuka.
Sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang akan bersentuhan dengan
makanan sebelum anda menggunakan perkakas pada kali pertama (lihat
bab 'Membersihkan').
BAHASA MELAYU 17