EasyManua.ls Logo

Philips HR2094 - Page 23

Philips HR2094
66 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Untuk mendapatkan hasil yang optimum, letakkan balang yang berisi
bahan selebihnya kembali di atas perkakas dan biarkan ia berjalan
selama beberapa saat lagi.
3 Bersihkan penapis dengan segera setiap kali selepas digunakan.
Resipi
Susu soya
Anda memerlukan penapis untuk resipi ini.
Jangan kisar lebih daripada sekelompok bahan setiap kali. Biarkan
perkakas menyejuk sehingga suhu bilik sebelum meneruskan
pengisaran.
Ramuan:
- 125g kacang soya kering
- 1000ml air
B
Rendamkan kacang soya selama 4 jam sebelum mengisarkannya.
Kemudian biarkan ia mengetus.
B
Masukkan kacang soya yang sudah direndamkan itu ke dalam penapis.
Tuangkan 1000ml air ke dalam balang pengisar dan kisar selama 60
saat.
B
Tuangkan susu soya ke dalam periuk leper.
B
Didihkan susu soya, kemudian tambahkan gula mengikut rasa dan
biarkan ia mereneh sehingga semua gula cair.
B
Hidangkan panas atau sejuk.
Membersihkan
Kami nasihatkan anda agar membersihkan bahagian-bahagian boleh
cerai serta-merta selepas digunakan.
Elakkan daripada menyentuh mata bilah. Mata-mata bilah amat tajam.
1 Cabutkan plag perkakas.
C
2 Bukakan semua bahagian boleh cerai sebelum
membersihkannya. Jangan terlupa untuk menanggalkan gelang
kedap daripada unit mata bilah.
3 Bersihkan balang pengisar (tanpa unit mata bilah), tudung dan
cawan penyukat di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk atau
dengan air suam dan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk.
Unit mata bilah, penapis dan gelang kedap tidak boleh dibasuh di dalam
mesin pencuci pinggan mangkuk!
4 Bersihkan unit motor dengan kain yang lembap.
BAHASA MELAYU 23

Other manuals for Philips HR2094

Related product manuals