Jangan bilaskan unit motor di bawah air paip. Jangan gunakan agen
pembersih yang melelas, kain penyental, dsb. untuk membersihkan unit
motor.
Menyimpan
Anda boleh menyimpan kord sesalur yang berlebihan dengan
melilitkannya di keliling dasar unit motor.
Jaminan & servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau
Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Resipi
◗ Smoothie kiwi-strawberi
- 200g kiwi yang dikupas dan dipotong dadu 3 cm.
- 100g pisang dihiris setebal 1 cm dan disejuk bekukan selama 16 jam.
- 150ml jus nanas.
- 100g strawberi sejuk beku.
B
Pisang dan strawberi hendaklah digunakan terus dari peti sejuk beku.
Letakkan ramuan ke dalam balang pengisar mengikut tertib yang
disebutkan di atas dan kisarkan sehingga licin.
◗ Rampaian buah
- 2 pic, dibuang biji dan dipotong kepada beberapa bahagian
- 125g raspberi sejuk beku
- 125g strawberi sejuk beku
- 125ml jus oren
- 125ml jus epal
- 7 ketul ais
B
Masukkan buah pic dan semua jus ke dalam balang pengisar, kemudian
tambahkan buah sejuk beku.Tekan butang Smoothie dan biarkan
perkakas berjalan selama 40 saat.
◗ Kopi vanila ais kisar
- 150ml air suam
- 1.5 camca makan gula
- 2 camca makan kopi segera
- 200g aiskrim vanila
- 10 ketul ais
BAHASA MELAYU24