EasyManua.ls Logo

Philips Mistral GC2225 - Pembersihan Dan Penyelenggaraan

Philips Mistral GC2225
42 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
4 Jika lampu permulaan kuning jingga tidak menyala selepas
seterika digerakkan, seterika kini sedia digunakan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Pembersih-Kerak
Fungsi Pembersoh-Kerak menghilangkan kapuran dan kekotoran.
Gunakan fungsi Pembersih-Kerak sekali setiap dua minggu. Jika air di
kawasan anda keruh (seperti bila kepingan keluar dari dasar semasa
menyerika), fungsi Pembersih-Kerak harus digunakan lebih kerap.
1 Laraskan kawalan stim pada posisi O.
2 Isi tangki air sampai paras maksimum.
Jangan curahkan cuka atau ejen hapuskapuran lain ke dalam tangki air.
C
3 Tetapkan suhu dial ke MAKSIMUM.
4 Pasangkan palam di soket dinding.
5 Cabut palam alat seterika kalau lampu panduan kuning jinnga itu
mati.
6 Pegang seterika di atas singki dan tetapkan kawalan stim pada
kedudukan 1 (Pemebrsih-Kerak).Tombol kawalan stim akan
meloncat naik sedikit.
C
7 Tarik tombol kawalan stim ke atas untuk mengeluarkan jarum
kawalan stim.
C
8 Gerakkan seterika ke depan dan ke belakang.
B
Stim dan air yang mendidih akan keluar dari tapak alat. Kekotoran dan
kerak air (kalau ada) akan mengalir keluar.
C
9 Gunakan cuka untuk menanggalkan kerak, jika ada, dari jarum.
Jangan bengkokkan atau rosakkan jarum kawalan stim.
BAHASA MELAYU 19

Related product manuals