8
MY
Mengenai keserasian data imej
• Kamera mematuhi piawaian universal DCF (Design rule for Camera File
system) yang ditetapkan oleh JEITA (Japan Electronics and Information
Technology Industries Association).
• Sony tidak menjamin bahawa kamera akan memainkan balik imej yang
dirakam atau disunting dengan kelengkapan lain, atau kelengkapan lain akan
memainkan balik imej yang dirakam dengan kamera.
Mengimport wayang AVCHD ke dalam komputer
Apabila mengimport wayang yang dirakamkan dalam format AVCHD ke
dalam komputer, untuk Windows gunakan perisian “PMB” pada CD-ROM
(yang dibekalkan) atau untuk Macintosh gunakan perisian “iMovie” yang
diberkas dengan komputer Macintosh.
Perhatian semasa memainkan wayang pada peranti lain
• Kamera ini menggunakan MPEG-4 AVC/H.264 High Profile untuk rakaman
format AVCHD.
Wayang yang dirakamkan dalam format AVCHD dengan kamera ini tidak
boleh dimainkan dengan peranti-peranti yang berikut.
– Peranti lain yang serasi dengan format AVCHD yang tidak menyokong
High Profile
– Peranti-peranti yang tak serasi dengan format AVCHD
Kamera ini juga menggunakan MPEG-4 AVC/H.264 Main Profile untuk
rakaman format MP4.
Atas sebab ini, wayang yang dirakam dalam format MP4 dengan kamera ini
tidak boleh dimainkan pada peranti selain yang menyokong MPEG-4 AVC/
H.264.
• Cakera yang dirakam dengan kualiti imej HD (definisi tinggi) hanya boleh
dimainkan balik pada peranti serasi dengan format AVCHD. Pemain atau
perakam berasaskan DVD tidak boleh memainkan balik cakera kualiti imej
HD kerana tidak serasi dengan format AVCHD. Pemain atau perakam
berasaskan DVD juga mungkin gagal untuk mengeluarkan cakera kualiti
imej HD.
Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pita-pita video, dan bahan-bahan
lain mungkin dihak cipta. Perakaman bahan-bahan tersebut secara tanpa izin
mungkin bertentangan dengan peruntukan undang-undang hak cipta.
Tiada pampasan untuk kandungan rosak atau kegagalan rakaman
Sony tidak boleh membayar pampasan untuk kegagalan rakaman atau
kehilangan atau kerosakan kandungan yang telah dirakam yang disebabkan
pincang tugas kamera atau media rakaman, dll.