• Jangan sekali-kali jatuhkan atau masukkan objek ke dalam mana-mana
bukaan.
• Jangan gunakan peranti di luar bangunan.
• Jangan kendalikan peranti di tempat peranti aerosol (semburan) digunakan
atau di tempat pengendalian oksigen.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti pada permukaan lembut seperti
tempat tidur atau sofa yang mungkin menyekat bukaan udara.
• Jangan gunakan peranti berdekatan pakaian yang longgar atau barang
kemas.
• Jauhkan rambut panjang daripada peranti semasa digunakan.
• Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak boleh dilakukan
oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
• Jangan keluarkan skru atau cuba membuka peranti.
• Jangan kendalikan peranti secara berterusan lebih daripada satu jam.
Selepas menggunakan peranti selama satu jam, rehatkan peranti selama
30 minit sebelum digunakan semula.
• Cabut plag peranti selepas mengecas atau sebelum digunakan.
• Gunakan peranti mengikut Arahan Pengendalian.
• Apabila menggunakan Hypervolt Go 2, gunakan peranti pada permukaan
badan yang kering dan bersih sahaja dengan menekan sedikit peranti
dan menggerakkan peranti pada bahagian badan yang berkenaan
selama lebih kurang enam puluh (60) saat bagi setiap bahagian badan.
Hypervolt Go 2 hanya boleh digunakan pada bahagian badan yang bertisu
lembut dan tidak boleh digunakan pada mana-mana bahagian badan
yang keras atau bertulang termasuk kepala. Sila berhenti menggunakan
Hypervolt Go 2 serta-merta apabila mengalami sebarang kesakitan
atau ketidakselesaan, selain kesakitan ringan pada otot. Tanpa mengira
tetapan tekanan, penggunaan Hypervolt Go 2 boleh menyebabkan
lebam dan jika hal ini berlaku, anda tidak boleh menggunakan Hypervolt
Go 2 pada bahagian yang lebam sehingga lebam sembuh sepenuhnya.
Penggunaan Hypervolt Go 2 juga perlu dielakkan pada semua lebam,
kontusi, ruam atau bahagian kulit yang mengalami kerengsaan atau
cedera sehingga kulit sembuh sepenuhnya. Apabila menggunakan
Hypervolt Go 2, pastikan anda menjauhkan jari tangan, jari kaki, rambut
dan bahagian badan yang lain daripada bahagian belakang kepala alat
tambahan untuk mengelakkan kecederaan akibat tersepit atau rambut
terbelit.
Hypervolt Go 2 hanya boleh dicas dengan pengecas bertebat dua
kali Hyperice 18VDC (nombor model MX24Z2-1801000) yang dibekalkan
dengan peranti. Jangan cas Hypervolt Go 2 semalaman atau membiarkan
Hypervolt Go 2 tanpa pengawasan semasa mengecas atau digunakan.
Jangan gunakan Hypervolt Go 2 atau sebarang peranti perkusi tanpa
mendapatkan kelulusan daripada doktor anda dahulu jika mana-mana
perkara berikut berkaitan dengan anda:
• Kehamilan, diabetes dengan komplikasi seperti neuropati atau kerosakan
retina, memakai perentak jantung, pembedahan atau kecederaan
baru-baru ini, epilepsi atau migrain, hernia cakera, spondilolistesis atau
spondilosis, penggantian sendi atau pemasangan IUD, pin atau plat
logam baru-baru ini atau sebarang kebimbangan tentang kesihatan
fizikal anda. Individu yang lemah dan kanak-kanak seharusnya ditemani
oleh orang dewasa semasa menggunakan sebarang peranti perkusi
atau getaran. Kontraindikasi ini tidak bermaksud anda tidak boleh
menggunakan peranti perkusi atau getaran tetapi kami menasihatkan
agar anda merujuk kepada doktor anda sebelum berbuat demikian.
Penyelidikan yang berterusan sedang dijalankan terhadap kesan urutan
perkusi untuk gangguan perubatan khusus yang boleh menyebabkan
pemendekan senarai kontraindikasi seperti yang ditunjukkan di atas.
Hypervolt Go 2 mengandungi bateri yang mesti dilupuskan dengan selamat
dikemudahan pembuangan atau kitar semula e-sisa yang sewajarnya.