71
pada sebelah bawah dengan sawar resap.
Tidak sesuai untuk kegunaan di bilik yang
basah.
Hanya digalakkan untuk kegunaan di dalam
rumah.
Penjagaan dan selenggaraan
Untuk pembersihan harian, gunakan
bahan cuci pinggan mangkuk, sabun
atau air. Jangan guna bahan kimia untuk
membersihkan permukaan atas kerja.
Jangan guna produk yang mengandungi
bahan pelelas, amonia atau peluntur.
Keringkan dengan kain kering yang bersih.
Permukaan atas kerja boleh bertahan
daripada kebanyakan bahan kimia isi rumah,
termasuk spirit bermetil.
Jangan tempatkan objek panas terus di atas
permukaan atas kerja. Sentiasa gunakan
sangga periuk untuk melindungi permukaan
atas kerja.
Sentiasa guna landas cencang, jangan
potong terus di atas permukaan atas kerja
menggunakan pisau.
Jangan tarik objek dengan tepi yang kasar
atau bergerigis di atas permukaan atas kerja
kerana ia akan mencalarkan permukaan.
Jangan tempatkan pembakar roti, alat
pembuat kopi, cerek atau lain-lain perkakas
dapur yang melepaskan haba terus di atas
kelim di antara dua permukaan atas kerja
kerana haba akan merosakkan kelim.
Jangan gunakan penyental keluli, pelapik
penyental, agen penyental atau produk
yang sama kerana ia akan mencalarkan
permukaan.