EasyManua.ls Logo

IKEA Tradfri E1766 - Bahasa Malaysia

IKEA Tradfri E1766
24 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
FUNGSI ALAT KAWALAN JAUH BUKA/
TUTUP WAYARLES
KE ATAS:
Tekan untuk menggerakkan penggulung
tirai ke atas.
KE BAWAH:
Tekan untuk menggerakkan penggulung
tirai ke bawah.
Berpasangan: Tambah produk pintar
IKEA Home ke sistem anda. Lihat arahan di
bawah.
NOTA PENTING: Anda memerlukan Pengulang
Isyarat bagi mengemudi tirai anda dengan alat
kawalan jawalan Buka/Tutup wayarles!
MENAMBAH PERANTI KEPADA ALAT
KAWALAN JAUH BUKA/TUTUP WAYARLES
ANDA
Apabila alat kawalan jauh Buka/Tutup wayarles
dijual bersama-sama dengan penggulung tirai
wayarles dan sebuah Pengulang Isyarat (dalam
pakej yang sama), ia sudah dipasangkan.
Untuk menambah lebih banyak penggulung
tirai wayarles, hanya ulangi langkah-langkah di
bawah:
Pastikan bahawa penggulung tirai wayarles
anda dihidupkan.
1 Buka penutup belakang alat kawalan jauh
Buka/Tutup dan cari butang berpasangan.
2 Tekan sebentar pada kedua-dua butang pada
tirai. Ini akan membuat peranti bangun dan
bersedia untuk berpasangan selama 2 minit.
3 Letak alat kawalan jauh Buka/Tutup sangat
dekat dengan penggulung tirai yang anda
ingin tambah: tidak melebihi 5 cm jauh
darinya.
4 Tekan dan tahan butang berpasangan selama
sekurang-kurangnya 10 saat pada alat
kawalan jauh Buka/Tutup wayarles.
5 Lampu merah akan bersinar berterusan
pada alat kawalan jauh Buka/Tutup. Pada
peggulung tirai wayarles anda, lampu putih
akan mula bercahaya dan berkelip sehingga
peranti telah berjaya dipasangkan.
Sehingga 4 penggulung tirai wayarles boleh
dipasangkan dengan 1 alat kawalan jauh Buka/
Tutup.
Pastikan untuk memasangkannya satu persatu
pada satu masa. Jika anda mempunyai
kesukaran memasangkan berbilang tirai, cabut
tirai yang telah dipasangkan sementara dengan
mengeluarkan sel bateri di dalam. Ini akan
membantu dalam proses berpasangan.
MENGGUNAKAN BIDAI GULUNG
TANPA WAYAR ANDA
Gerakkan bidai ke kedudukan atas
menggunakan kawalan jauh Buka/Tutup.
Tekan butang atas sekali (tekan sebentar) pada
kawalan jauh Buka/Tutup.
Gerakkan bidai ke bawah ke paras
pratetap menggunakan kawalan jauh
Buka/Tutup.
Tekan butang bawah sekali (tekan sebentar)
pada kawalan jauh Buka/Tutup.
Tarik bidai ke atas menggunakan
kawalan jauh Buka/Tutup.
Tekan dan tahan butang atas pada kawalan
jauh Buka/Tutup.
Sambil menekan butang, bidai akan ditinggikan
(sehingga pada kedudukan yang diinginkan
atau telah mencapai kedudukan yang
diinginkan), jika butang dilepaskan, bidai akan
berhenti.
Tarik bidai ke bawah menggunakan
kawalan jauh.
Tekan dan tahan butang bawah pada kawalan
jauh Buka/Tutup.
Sambil menekan butang bidai akan
direndahkan (sehingga pada kedudukan yang
diinginkan atau telah mencapai kedudukan
yang diinginkan), jika butang dilepaskan, bidai
akan berhenti.
Gerakkan bidai ke kedudukan atas
dengan butang
ekan sekali butang Bahagian Atas (Atas) pada
Bidai sehingga bidai mencecah kedudukan atas.
Gerakkan bidai ke bawah ke paras
pratetap menggunakan butang pada Bidai.
Tekan sekali butang Bahagian Bawah (Lebih
rendah) pada Bidai sehingga bidai mencecah
kedudukan bawah.
Tarik bidai ke atas menggunakan
butang pada Bidai.
Tekan dan tahan butang Bahagian Atas (Atas)
pada Bidai.
Tarik bidai ke bawah menggunakan
butang pada Bidai.
Tekan dan tahan butang Bahagian Bawah
(Lebih rendah) pada Bidai.
BAHASA MALAYSIA 16

Related product manuals