25
Sekiranya anda tidak ingat corak
nyahkunci anda:
Jika anda log masuk ke akaun Google anda
pada telefon tetapi gagal memasukkan corak
yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang
Forgotten pattern (Terlupa corak). Kemudian,
anda akan dikehendaki log masuk dengan
akaun Google anda untuk menyahkunci
telefon anda.
Jika anda belum membuat akaun Google
pada telefon atau anda terlupa, anda perlu
melakukan set semula kilang.
Awas: Jika anda melakukan set semula
keras, semua aplikasi pengguna dan data
pengguna akan terpadam.
5. Menggunakan set semula
keras
Jika ia tidak kembali kepada keadaan
asal, gunakan set semula keras untuk
mengawalkan telefon anda.
Apabila telefon dimatikan, tekan dan tahan
kekunci Kurangkan volum + kekunci
Kuasa selama lebih sepuluh saat. Apabila
skrin menunjukkan logo LG, lepaskan
kekunci.