26
Selepas skrin menunjukkan skrin set semula
keras, lepaskan kekunci-kekunci lain.
Biarkan telefon anda lebih seminit sambil
ia melakukan set semula keras, kemudian
telefon anda akan dihidupkan.
Awas: Jika anda melakukan set semula
keras, semua aplikasi pengguna dan data
pengguna akan terpadam. Ini tidak dapat
dibuat asal. Jangan lupa untuk membuat
sandaran terhadap mana-mana data
penting sebelum melakukan set semula
keras.
6. Menyambung ke rangkaian
Wi-Fi
Untuk menggunakan Wi-Fi pada telefon
anda, anda perlu mengakses pusat akses
wayarles atau “hotspot.” Sesetengah pusat
akses adalah terbuka dan anda hanya
perlu menyambung padanya. Yang lain
adalah tersembunyi atau menggunakan ciri
keselamatan yang lain, jadi anda hendaklah
mengkonfigurasi telefon anda agar dapat
menyambung kepadanya.
Matikan Wi-Fi apabila anda tidak
Notis penting