3
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan
ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti
anda akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan
data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID
position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi
yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu
menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-H961N ini telah direka bentuk untuk
mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifi k yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah
yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model
telefon LG, semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan
yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection)
(ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10
g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk
penggunaantelinga ialah 0.594 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada
badan ialah 0.196 W/Kg (10 g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan sama ada dalam kedudukan penggunaan normal pada
telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya
1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia
tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk
memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data
atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut
tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan
selesai.