4
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
• Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori LG tulen
yang diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu telefon
ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin
berbahaya.
• Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti
anda tanpa notis lebih awal.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik
servis yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin
termasuk penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau
yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian
yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator
atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau
kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat
demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan
telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital
yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon
sedang dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar
kerana telefon bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini
(jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan;
ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau
membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada
paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak
diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada
penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh
yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi
mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien