5
Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan
proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar,
ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam
telefon anda. Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada
cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas
perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon
mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh.
Mendedahkan telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau
tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon
mudah alih di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat
demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik
di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya
dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih.
Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius
disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.