6
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar
pada tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah
kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini
mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon
mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang
berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak
dapat mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau
jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang
sedang anda dengar.
NOTA
• Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca
ini akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan
yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan
sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan
peranti mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat
yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan
letupan di dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon
mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat
terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak
kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya
tercekik jika ia tertanggal.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien