7
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata
kepada telefon anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak
dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk
untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Pastikan sentuhan logam bateri bersih.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima.
Pek bateri mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama
untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung
atau gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin
menjejaskan prestasi bateri.
• Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah. Lupuskan
bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis
LG Electronics atau wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan
bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan
yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan
produk, corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan,
bersentuhan dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.