9
Meter anda tertakluk kepada dan mematuhi garis
panduan serta peraturan Radio Seluruh Dunia yang
berkaitan. Pada umumnya, peraturan-peraturan ini
mengenakan dua syarat yang tertentu kepada operasi
peranti tersebut:
1. Peranti ini berkemungkinan tidak akan menyebabkan
gangguan yang berbahaya.
2. Peranti ini mesti menerima apa-apa gangguan
yang diterima, termasuk gangguan yang boleh
menyebabkan operasi yang tidak diingini.
Garis panduan ini membantu memastikan bahawa meter
anda tidak akan mempengaruhi operasi peranti elektronik
lain yang berdekatan. Selain itu, peranti elektronik lain
tidak harus menjejaskan penggunaan meter anda.
Jika anda mengalami masalah gangguan meter, cuba
alihkan meter anda jauh dari sumber gangguan. Anda
juga boleh mengalihkan peranti elektronik tersebut atau
antenanya ke lokasi lain untuk mengatasi masalah itu.