39
3
Menjalankan ujian
• Jangan gunakan Kumpulan Meter OneTouchUltra
®
Plus apabila PAM (Pralidoksim) diketahui atau disyaki
terdapat dalam sampel darah penuh pesakit.
• Jangan gunakan jalur uji anda jika vial anda rosak
atau dibiarkan terbuka kepada udara. Ini boleh
mengakibatkan mesej ralat atau keputusan yang tidak
tepat. Hubungi Khidmat Pelanggan dengan segera jika
vial jalur uji rosak. Talian Mesra Pelanggan OneTouch
®
:
1800 88 3338 (di dalam Malaysia sahaja).
• Jika anda tidak dapat menjalankan ujian kerana
mengalami masalah dengan bekalan pengujian anda,
hubungi pakar penjagaan kesihatan anda. Kegagalan
untuk melakukan ujian boleh melengahkan keputusan
rawatan dan membawa kepada masalah perubatan
yang serius.
• Vial jalur uji mengandungi agen pengering yang
berbahaya jika tersedut atau tertelan dan boleh
menyebabkan kerengsaan kulit atau mata.
• Jangan gunakan jalur uji selepas tarikh luput
(tercetak pada vial) atau tarikh pembuangan,
mana-mana yang tiba dahulu kerana keputusan
anda boleh jadi tidak tepat.