70
3
Menjalankan ujian
Penyebab keputusan di luar julat
Keputusan di luar julat mungkin disebabkan oleh:
• Tidak mematuhi arahan pengendalian ujian larutan
kawalan.
• Larutan kawalan tercemar, luput, atau telah melepasi
tarikh pembuangannya.
• Jalur uji atau vial jalur uji rosak, luput, atau telah
melepasi tarikh pembuangannya.
• Meter, jalur uji dan/atau larutan kawalan tidak berada
pada suhu yang sama apabila ujian larutan kawalan
dijalankan.
• Masalah dengan meter tersebut.
• Kotoran atau pencemaran di dalam lubang kecil di
bahagian atas penutup larutan kawalan.
PERINGATAN:
Jika anda masih mendapat keputusan larutan kawalan
yang berada di luar julat yang tercetak pada vial larutan
kawalan, Jangan gunakan meter, jalur uji atau larutan
kawalan tersebut. Hubungi Khidmat Pelanggan. Talian
Mesra Pelanggan OneTouch
®
: 1800 88 3338 (di dalam
Malaysia sahaja).