114
Maklumat terperinci mengenai
sistem anda
9
Jaminan
LifeScan menjamin bahawa Meter OneTouchUltra Plus
Flex
™
akan bebas daripada kecacatan dari segi bahan dan
buatannya selama tiga tahun, sah mulai tarikh pembelian.
Jaminan diberikan hanya kepada pembeli asal dan tidak
boleh dipindah milik.
Piawaian elektrik dan keselamatan
Meter ini mematuhi CISPR 11:Kelas B (Tersinar Sahaja).
Pemancaran tenaga yang digunakan adalah rendah dan
tidak berkemungkinan mengganggu peralatan elektronik
berdekatan. Meter ini telah diuji untuk keimunan terhadap
nyahcas elektrostatik seperti yang ditentukan dalam
IEC 61326-2-6. Meter ini mematuhi keimunan terhadap
gangguan frekuensi radio seperti yang ditentukan dalam
IEC 61326-1 dan 61326-2-6.
Meter ini mematuhi keperluan bagi keimunan terhadap
gangguan elektrik pada julat frekuensi dan tahap ujian
yang ditentukan dalam piawai antarabangsa ISO 15197.
Jangan gunakan peralatan tersebut di mana semburan
aerosol sedang digunakan atau apabila oksigen sedang
dibekalkan.