28
Pengenalan
Kandungan
Pengenalan
Arahan keselamatan................................................................................................. 29
Pemasangan
Pemasangan ............................................................................................................. 32
Memilih lokasi yang betul ...................................................................32
Operasi
Untuk menggunakan semua ciri ............................................................................. 34
Panel kawalan ....................................................................................34
Makanan disimpan .............................................................................35
Operasi ECO NAVI ............................................................................. 35
Petak Peti Sejuk .................................................................................36
Ruang pilih Segar Asli/Dingin ............................................................. 38
Petak Pembekuan Segar ................................................................... 39
Petak Ais ............................................................................................40
Petak Pembeku ..................................................................................42
Petak Sayuran ....................................................................................42
Lampiran
Mencuci dan menanggalkan serta memasang semula ......................................... 43
Pembersihan ......................................................................................43
Dalam kes-kes sebegini? ......................................................................................... 46
Penetapan yang sesuai dengan kehendak anda ................................................... 48
Menyelesaikan masalah ........................................................................................... 49
SOALAN & JAWAPAN ECO NAVI ............................................................................ 52
Spesifikasi ................................................................................................................. 53
Bahagian yang dijual berasingan ........................................................................... 53
●
Produk ini sesuai untuk digunakan dalam kelengkapan rumah dan kegunaan yang sama seperti
- kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
- rumah ternakan dan kegunaan oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran tempat tinggal yang lain;
- persekitaran penginapan dan sarapan pagi;
- katering dan kegunaan bukan perniagaan yang seumpamanya.
■
Untuk menjimatkan tenaga
• Jangan penuhkan makanan ke dalam petak.
Ia boleh mengganggu aliran udara sejuk. Sediakan ruang mencukupi di antara
makanan.
• Kurangkan membuka/menutup pintu.
Meminimumkan bilangan pintu dibuka/ditutup bagi menghalang udara sejuk
daripada keluar dan mengurangkan pembaziran elektrik.
• Jangan menghalang lubang udara sejuk dengan makanan.
Jika udara sejuk tidak merebak ke setiap sudut petak, bahagian dalam tidak
akan cukup sejuk dan lebih banyak elektrik akan digunakan.
• Udara sejuk dilepaskan dari lubang salur di bahagian belakang (Hal. 36).
• Simpan makanan dan minuman panas setelah ia menjadi sejuk.
Jika tidak, ia bukan sahaja akan meningkatkan suhu bahagian dalam, tetapi
juga memberi kesan pada kesegaran makanan lain.
Salur
■
Melupuskan pembungkusan
Harap kitar semula jika boleh (contoh: kadbod, beg plastik, pita pelekat dan polistirena) dan
pastikan anda melupuskan semua bahan pembungkusan lain dengan selamat.
Pastikan pembungkusan jauh daripada capaian bayi dan kanak-kanak, untuk mengelakkan
kecederaan atau kejadian lemas.