EasyManua.ls Logo

Philips 3000 series - Page 34

Philips 3000 series
90 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
- Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips (jenis no.HQ110)
boleh didapati untuk pembersihan yang mudah dan optimum.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi penjual Philips anda.
Nota: Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips mungkin tidak tersedia
di semua negara. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda tentang
ketersediaan aksesori ini.
Anda juga boleh membersihkan pencukur dengan cara yang berikut:
Setiap minggu: unit pencukur dan ruang rambut
1 Matikan pencukur. Cabut plag sesalur utama dari soket dinding dan
cabut plag perkakas keluar daripada pencukur.
2 Bersihkan bahagian atas alat terlebih dahulu. Gunakan berus
pembersih yang dibekalkan.
3 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit pencukur (2).
4 Bersihkan bahagian dalam alat pencukur dan ruang rambut dengan
berus pembersih.
5 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
1
2
BAHASA MELAYU34

Other manuals for Philips 3000 series

Related product manuals