EasyManuals Logo

Philips GC1730 Manual

Philips GC1730
9 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #4 background imageLoading...
Page #4 background image

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Muncung sembur (jenis khusus sahaja)
B Bukaan isian
C Kawalan stim
O = tiada stim
l = stim sederhana
; = stim maksimum
x = fungsi Pembersihan Kerak
D Butang sembur T (jenis khusus sahaja)
E Pancutan stim 9 (jenis khusus sahaja)
F Lampu pematian automatik (jenis khusus sahaja)
G Lampu suhu
H Kord sesalur kuasa
I Tablet anti-Kerak (jenis tertentu sahaja)
J Plat jenis
K Tangki air
L Tombol suhu
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika di dalam air.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada plat
jenis sepadan dengan voltan sesalur kuasa tempatan
sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa
atau perkakas itu sendiri menunjukkan kerosakan
yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh
atau bocor.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada
bila-bila masa ia tersambung dengan punca kuasa.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Jangan biarkan kord sesalur kuasa bersentuhan
dengan plat tapak seterika yang panas.
Awas
Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan,
ia mesti dipasangkan ke dalam soket dinding yang
dibumikan.
Periksa kord sesalur kuasa secara tetap untuk mencari
apa-apa kerosakan.
Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat
panas dan mungkin menyebabkan kelecuran jika
tersentuh.
Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda
membersihkan perkakas, apabila anda mengisi atau
mengosongkan tangki air dan juga apabila anda
meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun sebentar:
tetapkan kawalan stim pada kedudukan O, berdirikan
seterika pada tumitnya dan cabutkan palam sesalur
dari soket dinding.
Sentiasa letak dan gunakan seterika pada permukaan
yang stabil, rata dan mendatar.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di
rumah sahaja.

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkan apa-apa pelekat atau kerajang pelindung
dari plat tapak.
2 Biarkan seterika memanas sehingga suhu maksimum
dan lalukan seterika di atas kain yang lembap selama
beberapa minit untuk menanggalkan apa-apa sisa
dari plat tapak.
Bersedia untuk menggunakannya

Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika di dalam air.
1 Pastikan palam perkakas ditanggalkan.
2 Tetapkan kawalan stim pada kedudukan O (=tanpa
stim) (Gamb. 2).
3 Condongkan seterika ke belakang.
4 Isikan tangki air dengan air paip sejuk sehingga paras
maksimum. (Gamb. 3)
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau bahan
kimia lain ke dalam tangki air.
Jika air paip di kawasan anda ialah air yang
amat keras, kami menasihatkan anda supaya
mencampurkannya dengan jumlah air suling yang
sama banyak atau gunakan air suling sahaja.

1 Letak seterika pada tumitnya.
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang
dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
betul (Gamb. 4).
Periksa label penjagaan untuk mengetahui suhu seterika
yang sesuai:
1 Fabrik sintetik (contohnya akrilik, viskos, poliamida,
poliester).
1 Sutera
2 Benang bulu
3 Kain kapas, linen
Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu
diperbuat, tentukan suhu penyeterikaan yang betul dengan
menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan apabila
anda memakainya.
Kain sutera, benang bulu dan sintetik: seterikakan bahagian
dalam fabrik untuk mengelakkan tompok berkilau. Elakkan
penggunaan fungsi sembur untuk mencegah tanda.
Mulai menyeterika barang yang memerlukan suhu seterika
yang paling rendah, seperti barang yang dibuat daripada
serat sintetik.
3 Masukkan plag perkakas. Jika perkakas mempunyai
plag yang dibumikan, pasang plag sesalur kuasa di
dalam soket dinding yang dibumikan.
4 Biar seterika menjadi panas sehingga lampu suhu
padam dan kemudian menyala semula (Gamb. 5).
Nota: Lampu suhu akan menyala dari masa ke masa
semasa anda menyeterika.

Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa
anda menggunakannya pada kali pertama. Ini akan berhenti
selepas beberapa ketika.

1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Pilih suhu seterika yang dikehendaki (lihat bab
‘Bersedia untuk menggunakannya’, bahagian
‘Menetapkan suhu’).
3 Selepas lampu suhu padam, tetapkan kawalan
stim ke kedudukan stim yang sesuai. Pastikan
tetapan stim yang anda pilih sesuai untuk suhu
penyeterikaan yang dipilih: (Gamb. 6)
l bagi stim sederhana (tetapan suhu 2 hingga 3)
; bagi stim maksimum (tetapan suhu 3 hingga MAX)
Seterika mula mengeluarkan stim sebaik saja
ia mencapai suhu yang ditetapkan.
,
,

1 Tetapkan kawalan stim pada kedudukan O (=tanpa
stim).
2 Pilih suhu seterika yang dikehendaki (lihat bab
‘Bersedia untuk menggunakannya’, bahagian
‘Menetapkan suhu’).
Ciri-ciri
Fungsi sembur (jenis khusus sahaja)
Anda boleh menggunakan fungsi sembur untuk melicinkan
kedut yang degil pada apa-apa suhu.
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Tekan butang sembur beberapa kali untuk
melembapkan kain yang hendak digosok (Gamb. 7).
Pancutan stim (jenis khusus sahaja)
Pancutan stim yang kuat menolong melicinkan kedut yang
degil.
Fungsi pancutan stim hanya boleh digunakan pada suhu
antara 3 dengan MAX.
1 Tekan dan lepaskan butang pancutan stim (Gamb. 8).
Tunggu sebentar sebelum anda menggunakan butang
sekali lagi untuk mengelakkan percikan.
Jangan sekali-kali halakan stim ke arah orang.
Pancutan stim menegak (jenis khusus sahaja)
Fungsi pancutan stim juga boleh digunakan apabila
anda memegang seterika dalam kedudukan menegak.
Ini berguna untuk melicinkan kedut pada pakaian yang
tergantung, langsir, dsb.
1 Pegang seterika pada kedudukan menegak.
Kemudian tekan dan lepaskan butang pancutan
stim (Gamb. 9).
Jangan sekali-kali halakan stim ke arah orang.
Pematian automatik (jenis tertentu sahaja)
Fungsi pematian automatik mematikan unsur pemanas
secara automatik jika seterika tidak digerakkan untuk
beberapa waktu.
Lampu pematian automatik mula berkelip-kelip
untuk menandakan seterika telah dimatikan oleh
fungsi pematian keselamatan (Gamb. 10).
Dalam kedudukan mendatar, ini akan berlaku selepas
30 saat.
Dalam kedudukan menegak, ini akan berlaku selepas
8 minit.
1 Untuk membiarkan seterika menjadi panas semula,
angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
Jika lampu suhu menyala, tunggu sehingga ia padam
sebelum anda mula menyeterika.
Jika lampu suhu tidak menyala, seterika sedia untuk
digunakan.
Pembersihan dan penyenggaraan
Setelah menyeterika
1 Letak seterika pada tumitnya.
2 Cabut palam wayar dari soket dinding dan biarkan
seterika menjadi sejuk dahulu.
3 Mengelap kerak air dan mendapan lain daripada
tapak plat dengan kain yang lembap dan bahan
pencuci (cecair) yang tidak melelas.
Agar plat tapak sentiasa licin, elakkan sentuhan kuat
dengan objek logam. Jangan sekali-kali gunakan pad
penyental, cuka atau bahan kimia yang lain untuk
membersihkan plat tapak.
4 Bersihkan bahagian atas perkakas dengan kain
lembab.
5 Sering-sering membasuh tangki air dengan air.
Kosongkan tangki air setelah pembersihan.
Sistem Kerak Dwi-Aktif (jenis khusus sahaja)
Sistem Kerak Dwi-Aktif terdiri daripada tablet Anti
Kerak di dalam tangki air digabungkan dengan fungsi
Pembersihan Kerak.
Tablet Anti Kerak mencegah kerak daripada
menyumbat liang stim. Tablet ini sentiasa aktif dan
tidak perlu diganti (Gamb. 11).
Fungsi Pembersihan Kerak menanggalkan zarah kerak.
,
-
-
-
-
-
-
4239.000.6151.3
4/9

Other manuals for Philips GC1730

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Philips GC1730 and is the answer not in the manual?

Philips GC1730 Specifications

General IconGeneral
BrandPhilips
ModelGC1730
CategoryIron
LanguageEnglish

Related product manuals