Fungsi Pembersihan Kerak
Gunakan fungsi Pembersihan Kerak sekali setiap dua
minggu. Jika air di kawasan anda terlalu keras (iaitu
serpihan keluar dari plat dasar semasa menyeterika), anda
harus menggunakan fungsi Pembersihan Kerak dengan
lebih kerap.
1 Tetapkan kawalan stim ke kedudukan O.
2 Tetapkan suhu tombol pada MAX.
3 Isikan tangki air sampai paras maksimum.
Jangan tuang cuka atau agen penanggal kerak yang lain
ke dalam tangki air.
4 Masukkan plag perkakas. Jika perkakas mempunyai
plag yang dibumikan, pasang plag sesalur kuasa di
dalam soket dinding yang dibumikan.
5 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
6 Pegang seterika di atas sink dan tetapkan kawalan
stim pada kedudukan Pembersihan Kerak
x. (Gamb. 12)
7 Tarik kawalan stim sedikit ke atas atas dan
goncangkan seterika dengan perlahan sehingga
semua air di dalam tangki habis digunakan.
Stim dan air yang mendidih akan keluar daripada
tapak plat. Kerak (jika ada) akan dikumbah keluar.
8 Selepas anda menggunakan fungsi Pembersihan
Kerak, tekan kawalan stim ke bawah sambil anda
memutarnya pada kedudukan O.
Nota: Ulang proses Pembersihan Kerak jika air yang keluar
daripada seterika masih mengandungi partikel kerak.
Selepas proses Pembersihan Kerak
1 Sambungkan seterika ke sesalur kuasa untuk
membolehkan plat dasar mengering.
2 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
3 Gerakkan seterika perlahan-lahan di atas sehelai
kain terpakai untuk mengeluarkan apa-apa kesan air
yang mungkin terbentuk pada plat tapaknya.
4 Biarkan seterika sehingga sejuk sebelum anda
menyimpannya.
1 Tarik keluar kawalan stim dari perkakas. (Gamb. 13)
2 Gunakan cuka untuk menanggalkan kerak, jika ada,
dari jarum (Gamb. 14).
Jangan bengkokkan atau rosakkan jarum kawalan stim.
3 Masukkan semula kawalan stim. Letakkan
mata jarum betul-betul di tengah lubang dan
muatkan unjuran kecil pada sisi jarum ke dalam
slot (Gamb. 15).
4 Tetapkan kawalan stim ke kedudukan O.
Penyimpanan
1 Cabut palam perkakas dan tetapkan kawalan stim
pada kedudukan 0.
2 Kosongkan tangki air (Gamb. 16).
3 Lilitkan kord sesalur di sekeliling bahagian
penyimpanan kord.
4 Simpan seterika tegak di kakinya di tempat yang
selamat dan kering (Gamb. 17).
Alam sekitar
Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah
apabila sampai akhir hayatnya, tetapi bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 18).
,
-
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di
negara anda, hubungi wakil penjual Philips tempatan anda.
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku
yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah,
sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab Penyelesaian
Alat seterika
disambung tetapi plat
tapak dingin.
Terdapat masalah
sambungan.
Periksa kord sesalur kuasa, palam
dan soket dinding.
Tombol suhu
ditetapkan pada MIN.
Tetapkan tombol kawalan suhu
ke suhu yang dikehendaki.
Seterika tidak
menghasilkan stim.
Air di dalam tangki air
tidak mencukupi.
Isikan tangki air (lihat
bab ‘Bersedia untuk
menggunakannya’).
Kawalan stim
ditetapkan pada
kedudukan 0.
Tetapkan kawalan stim pada
kedudukan l atau ; (lihat bab
‘Menggunakan perkakas’).
Air bocor dari
plat dasar semasa
menyeterika.
Panasnya alat seterika
kurang.
Tetapkan tombol suhu pada suhu
yang sesuai untuk penyeterikaan
stim ( 2 hingga MAX).
Letakkan seterika supaya ia
berdiri pada tumitnya dan tunggu
sehingga lampu suhu padam
sebelum anda mula menyeterika.
Fungsi sembur tidak
berfungsi (jenis khusus
sahaja)
Air di dalam tangki air
tidak mencukupi.
Isikan tangki air (lihat
bab ‘Bersedia untuk
menggunakannya’).
Emping dan kotoran
keluar dari plat tapak
semasa menyeterika.
Anda telah
menggunakan
air keras, dan ini
menyebabkan
serpihan kerak
terbentuk di dalam
plat dasar.
Gunakan fungsi Pembersihan
Kerak sekali atau beberapa
kali (lihat bab ‘Membersih dan
menyelenggara’).
Lampu pematian
automatik berkelip
(jenis khusu sahaja).
Fungsi pematian
automatik telah
diaktifkan (lihat bab
‘Ciri’).
Angkat seterika atau gerakkannya
sedikit untuk menyahaktifkan
fungsi pematian automatik.
Lampu pematian automatik akan
padam.
Air bocor daripada
tapak plat semasa
seterika sedang
menyejuk atau selepas
ia disimpan.
Anda meletakkan
seterika dalam
kedudukan mendatar
semasa masih
terdapat air di dalam
tangki air.
Kosongkan tangki air dan
tetapkan kawalan stim pada
kedudukan O sebelum
menyimpan seterika (lihat bab
‘Penyimpanan’). Letakkan seterika
pada tumitnya.
Fungsi pancutan
stim atau fungsi
pancutan stim
menegak tidak
berfungsi (aenis
khusus sahaja).
Anda telah
menggunakan fungsi
pancutan stim atau
fungsi pancutan stim
menegak terlalu kerap
dalam tempoh masa
yang sangat singkat.
Letak seterika dalam
kedudukan mendatar dan
tunggu sebentar sebelum anda
menggunakan fungsi pancutan
stim atau fungsi pancutan stim
menegak sekali lagi.
Panasnya alat seterika
kurang.
Tetapkan tombol suhu pada suhu
yang sesuai untuk penyeterikaan
stim ( 3 hingga MAX).
Letakkan seterika supaya ia
berdiri pada tumitnya dan tunggu
sehingga lampu suhu padam
sebelum anda mula menyeterika.