EasyManua.ls Logo

Philips GC7800 series - Bahasa Melayu

Philips GC7800 series
54 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan sepenuhnya
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan mula pantas dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas. Simpannya untuk rujukan akan datang.
Gambaran keseluruhan produk (Rajah 1)
1 Hos stim
2 Picu stim/Penggalak stim
3 Lampu 'seterika sedia'
4 Tapak seterika
5 Platform seterika
6 Butang pelepas kunci pembawa
7 Pintu pengisian tangki air
8 Ruang penyimpanan hos bekalan
9 Kord sesalur kuasa dengan palam
10 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
11 Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa dan mati auto
12 Butang ECO dengan lampu
13 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi OptimalTemp
Teknologi OptimalTemp membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik boleh diseterika,
dengan apa jua cara, tanpa perlu melaraskan suhu seterika dan tanpa mengasingkan pakaian anda.
Adalah selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas terus pada papan seterika (Raj. 2) tanpa
meletakkan kembali ke platform besi. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada pergelangan
anda.
Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat Woolmark Company Pty Ltd untuk menyeterika produk wul
sahaja dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut arahan pada label pakaian dan yang telah
dikeluarkan oleh pengeluar seterika ini. R1901. Di United Kingdom, Eire, Hong Kong dan India, tanda
dagangan Woolmark adalah tanda dagangan perakuan.
Compact ProVelocity Technology
Teknologi ini menyampaikan stim berterusan yang menembus dalam untuk mengeluarkan lipatan
dengan mudah. Pada masa yang sama, ia memastikan perkakasan lebih mampat dan ringan
berbanding penjana stim tradisional, untuk storan lebih mudah.
Membuat persediaan untuk guna
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Jika anda tinggal di kawasan yang
mempunyai air liat, pembentukan skala pantas boleh berlaku. Oleh itu, adalah disyorkan untuk
menggunakan air suling atau tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas tersebut.
13
Bahasa Melayu

Related product manuals