14
Membuat persediaan untuk guna
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Jika anda tinggal di kawasan
yang mempunyai air liat, pembentukan skala pantas boleh berlaku. Oleh itu, adalah disyorkan untuk
menggunakan air suling atau tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas tersebut.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji,
agen penyahkerakan, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyah kerak secara kimia
atau bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran perang
atau kerosakan pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isikan tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila paras air dalam tangki jatuh bawah paras
minimum. Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa penggunaan.
1 Buka pintu (Raj. 4) pengisian tangki air.
2 Isikan tangki air sehingga penunjuk (Raj. 5) MAX.
3 Tutup pintu pengisian tangki air (bunyi 'klik').
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol (Raj. 6) ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos
dan rayon.
- Fabrik dengan simbol (Raj. 7) ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti
Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan
pada pakaian juga tidak boleh diseterika.
Penyeterikaan
1 Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata.
Catatan: Untuk memastikan penyeterikaan selamat, kami syorkan anda sentiasa meletakkan tapak
pada papan seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan dan tekan butang
hidup/mati untuk menghidupkan penjana stim.Tunggu sehingga lampu 'seterika sedia' menyala
berterusan (Raj. 8). Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit.
4 Tanggalkan hos bekalan daripada ruang penyimpanan hos.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari platform (Raj. 9) seterika.
6 Tekan dan tahan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 10).
7 Untuk hasil seterika terbaik, selepas menyeterika dengan stim, lakukan gosokan terakhir tanpa stim.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Bahasa Melayu