15
Catatan: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat pertama kali, masa selama 30 saat mungkin
diperlukan untuk stim keluar sepenuhnya dari perkakas.
Catatan: Pam diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Ia mengeluarkan bunyi bergetar yang
rendah, yang merupakan kebiasaan. Apabila tiada air dalam tangki air, pam berbunyi lebih kuat.
Penuhkan tangki dengan air apabila paras air ke bawah paras minimum.
Untuk stim yang lebih kuat, anda boleh menggunakan mod stim TURBO, yang selamat pada semua
fabrik yang boleh diseterika.
Untuk fabrik seperti kapas, jean dan linen, anda disyorkan untuk menggunakan mod stim TURBO.
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih.
2 Untuk menyahaktifkan mod TURBO, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat sehingga
lampu bertukar biru.
Fungsi galak stim
Gunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan kedutan yang degil.
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat (Raj. 11).
Penyeterikaan secara menegak
Amaran: Stim panas dikeluarkan daripada seterika. Jangan sekali-kali menghilangkan
kedut daripada pakaian semasa seseorang memakainya (Raj. 12). Jangan gunakan
stim berdekatan dengan tangan anda atau tangan orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedut
daripada baju yang digantung.
1 Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh pakaian dengan lembut pada
plat tapak dan gerakkan seterika atas dan bawah (Raj. 13).
Rehat selamat
Meletakkan seterika semasa menyusun semula pakaian anda
Semasa menyusun semula pakaian anda, anda boleh meletakkan seterika di atas platform seterika
atau secara mendatar di atas papan seterika (Raj. 2). Teknologi OptimalTEMP memastikan tapak
seterika tidak akan merosakkan penutup papan seterika.
Penjimatan kuasa
Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa mengurangkan
hasil penyeterikaan.
1 Untuk mengaktifkan mod ECO, tekan butang ECO (Raj. 14). Lampu hijau ECO bernyala.
2 Untuk menyahaktifkan mod ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu hijau ECO terpadam.
Bahasa Melayu