Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
www.philips.com/welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan
masa hadapan.
Bahaya
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan dapur gas panas atau semua jenis dapur
elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang panas (Raj. 1).
- Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di bawah air paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam perkakas untuk mengelakkan berlakunya
kejutan elektrik.
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul untuk mengelakkannya daripada tersentuh
dengan elemen pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau perkakas rosak.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi paras maksimum yang dinyatakan dalam
bakul.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Jika kord sesalur rosak, kord mestilah digantikan oleh Philips, ejen servis atau pihak yang berkelayakan
yang serupa untuk mengelakkan bahaya.
- Hanya sambungkan perkakas kepada soket dinding yang dibumikan, dilindungi oleh pemutus litar
kebocoran bumi.
- Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi pada soket dinding.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan
jauh yang berasingan.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas semasa digunakan (Raj. 2).
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain. Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya
10cm di bahagian belakang, di kedua-dua sisi dan di atas perkakas. Jangan letak apa jua item di atas
perkakas.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan dilepaskan melalui bukaan salur keluar
udara. Kekalkan tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan dari bukaan saluran
keluar udara. Juga, berhati-hati dengan stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas pembakar dalam perkakas.
- Permukaan yang boleh dicapai mungkin menjadi panas semasa penggunaan.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan jenis ubi kentang yang disimpan dan
suhu haruslah 6°C ke atas untuk meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam bahan makanan yang
disediakan.
- Jangan isikan kuali dengan minyak.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan
anda.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang mudah terbakar seperti alas meja atau
langsir.
8