- Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa jua tujuan lain selain yang diterangkan dalam manual
pengguna ini dan gunakan aksesori Philips yang asli sahaja.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Kuali, bakul dan aksesori yang diletakkan di dalam ruang memasak akan menjadi panas semasa dan
selepas penggunaan perkakas, kendalikan secara berhati-hati.
- Bersihkan bahagian yang akan bersentuhan dengan makanan sebersih-bersihnya sebelum anda
menggunakan perkakas buat pertama kali. Rujuk arahan dalam manual.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah sahaja. Perkakas tidak dimaksudkan
untuk digunakan dalam persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang atau
persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel,
motel, inap sarapan dan persekitaran kediaman lain.
- Tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa setiap kali perkakas dibiarkan tanpa pengawasan dan
sebelum memasang, menanggalkan bahagian, menyimpan atau membersihkan perkakas.
- Letak perkakas di atas permukaan mendatar yang rata dan stabil.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau untuk tujuan profesional atau separa
profesional, atau jika ia tidak digunakan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, jaminan
menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Kembalikan perkakas ke pusat servis yang dibenarkan oleh Philips setiap kali anda hendak
mendapatkan pemeriksaan atau pembaikan. Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak
jaminannya menjadi tidak sah.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Sejukkan perkakas selama lebih kurang 30 minit sebelum anda menggunakan atau mencuci perkakas.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas ini menjadi kuning keemasan dan bukan berwarna
gelap atau coklat.
- Keluarkan sisa yang terbakar. Jangan goreng ubi kentang segar pada suhu melebihi 180°C (untuk
mengurangkan penghasilan akrilamida).
- Berhati-hati apabila membersihkan kawasan atas ruang memasak: Elemen pemanasan panas, bucu
bahagian logam dan pelindung percikan.
- Pastikan makanan dimasak sepenuhnya di dalam Airfryer.
- Berhati-hati semasa menuang makanan yang telah dimasak dan berhati-hati agar aksesori tidak
terjatuh keluar.
Perkakas ini mematuhi piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada medan
elektromagnet.
- Simbol ini bermaksud bahawa produk elektrik tidak boleh dibuang dengan sampah rumah biasa.
- Ikut peraturan negara anda berkenaan pengumpulan berasingan bagi produk elektrik.
Versuni menawarkan jaminan dua tahun selepas pembelian produk ini. Jaminan ini tidak sah jika terdapat
kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan salah atau penyelenggaraan yang tidak dilakukan dengan
baik. Jaminan kami tidak menjejaskan hak anda menurut undang-undang sebagai pengguna. Untuk
maklumat lanjut atau menggunakan jaminan, sila lawati laman web kami www.philips.com/support.
9