1.1 Jaminan Asas (Malaysia sahaja)
Jaminan Asas ini meliputi Enjin dan Transmisi, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Buku Servis ini.
1.2 Jaminan Asas (Negara selain Malaysia)
PROTON menjamin sama ada akan membaiki atau menukar ganti, seperti mana yang dianggap wajar oleh PROTON, secara percuma ke atas mana-mana baha-
gian kenderaan Proton anda yang dirangkumi di bawah jaminan ini dan sahih kerosakannya/kecacatannya adalah disebabkan bahan atau mutu kerja dalam
keadaan penggunaan biasa, dalam tempoh 60 bulan daripada tarikh kenderaan pertama kali didaftarkan atau 150,000 km, yang mana terdahulu serta tertakluk
kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Buku Servis ini. Sila maklum bahawa jaminan asas ini tidak meliputi perkara-perkara yang disenaraikan di
bawah tajuk “Liputan Jaminan Khas” (Perkara 1.3) dan tajuk “Apa Yang Tidak Dilindungi Di Bawah Jaminan” (Perkara 2).
Jaminan Asas ini meliputi Enjin dan Transmisi, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Buku Servis ini.
1.3 Liputan Jaminan Khas
Perkara-perkara / komponen-komponen berikut diberi jaminan di bawah terma dan syarat jaminan yang khusus, di mana Jaminan Asas yang disebut di atas
adalah tidak terpakai. Perbezaan dalam liputan jaminan untuk komponen-komponen atau kumpulan komponen-komponen yang khusus adalah mengambil
kira haus dan lusuh akibat penggunaan biasa, operasi dan fungsi komponen-komponen tersebut:
1.3.1 Penggunaan kenderaan kebiasaannya akan menyebabkan kelusuhan atau kemerosotan pada bahagian-bahagian kenderaan. Oleh itu, komponen-kom-
ponen / perkara-perkara berikut TIDAK DILIPUTI jaminan untuk penggunaan yang menjangkaui 36 bulan atau 100,000 km, yang mana terdahulu, daripada
tarikh pendaftaran kali pertama kenderaan:
1.3.1.1 Enjin
Pengecaj turbo, alternator, “starter’, kabel wayar, koil pencucuh, tali sawat, “3–way catalytic converter”, ”sensor”, oil seals”, komponen getah, “bearings”.
1.3.1.2 Transmisi
Wayar & kabel, sensor, “release bearing”, plat tekanan klac, “dual mass flywheel”, komponen getah
1.3.1.3 Sistem penyejukan
Termostat, pam air, komponen getah
1.3.1.4 Cesi dan Suspensi
Penyerap hentak, “ball joint”, komponen getah, cakera brek, paip ekzos
1.3.1.5 Sistem elektrik
Kabel, sensor, “actuator”, suis lampu mengundur, motor pengelap cermin, pengunci pintu, suis-suis
1.3.1.6 Luaran dan Dalaman Badan
Cat, cermin, “door regulator”
1.3.1.7 Aksesori dan Lain-lain Komponen
Lampu, pencucuh api rokok, hon, sistem multimedia
1.3.2 Komponen-komponen yang diliputi tempoh jaminan 12 bulan daripada tarikh pendaftaran kali pertama kenderaan atau 20,000 km, yang mana terdahulu:
1.3.2.1 Bateri
7
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.