EasyManua.ls Logo

Proton X50 2024 - Page 16

Default Icon
50 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
1.3 Liputan Jaminan Khas
1.3.3 Komponen-komponen yang diliputi jaminan secara berasingan oleh pihak pengilang tertentu dan bukan dari PROTON:
1.3.3.1 Tayar
1.3.4 Jaminan Kalis Lubang Akibat Karat
PROTON akan membaiki atau menukar ganti mana-mana bahagian logam pada badan kenderaan yang rosak yang secara tidak langsung boleh mengakibatkan
lubang menembusi badan kenderaan akibat karat dari dalam ke luar badan kenderaan, secara percuma sepanjang tempoh jaminan 84 bulan bermula dari
pendaftaran kali pertama kenderaan Proton anda, tertakluk pada terma dan syarat. Rujuk pada bahagian JAMINAN KALIS LUBANG AKIBAT KARAT pada
perkara 3 untuk maklumat lanjut.
1.3.5 Disebabkan oleh keadaan spesifik bagi sesetengah komponen yang dipakai habis, komponen dibawah TIDAK DILINDUNGI lebih daripada 3 bulan atau
5,000 km, yang mana terdahulu, bermula dari pendaftaran kali pertama:
1.3.5.1 Tayar, pad brek, plet geseran klac, penapis udara, penapis A/C, penapis minyak, penapis bahan api, palam pencucuh, bateri alat kawalan jauh, mentol
lampu, bilah pengelap cermin, fius danrelay (tak termasuk integrated control unit)
1.3.5.2 Masalah berkaitan dengan penjajaran empat roda dan pengimbangan dinamik tayar yang timbul daripada masalah kualiti.
2 APA YANG TIDAK DILINDUNGI DI BAWAH JAMINAN INI?
2.1 Keadaan/situasi/perkara berikut TIDAK DILINDUNGI di bawah jaminan PROTON:
2.1.1 Jika pemilik kenderaan ini gagal menjalani atau terlepas penyelenggaraan servis berkala seperti yang telah dinyatakan
di dalam buku servis ini di bawah tajuk SERVIS PENYELENGGARAAN BERKALA.
2.1.2 Jika diservis oleh wakil pengedar atau pusat servis PROTON yang tidak sah.
2.1.3 Pembaikan dan penyelarasan disebabkan oleh penyelenggaraan yang tidak betul dan/atau tidak menurut penyelenggaraan
servis yang telah ditetapkan dalam Buku Servis ini, Buku Panduan Pemilik Proton dan Buku Panduan Servis (di bengkel) Proton.
2.1.4 Pembaikan dan penyelarasan disebabkan oleh penyalahgunaan (seperti perlumbaan, lebih muatan, cara menggunakan
kenderaan bertentangan dengan arahan yang ditetapkan dalam Buku Panduan Pemilik) kemalangan, kecuaian, pengubah-
suaian, penukaran, pindaan, penanggalan wayar atau komponen dan penyelerasan atau pembaikan yang tidak sesuai.
2.1.5 Pembaikan dan penyelarasan disebabkan penggunaan sebarang alat-alat ganti tiruan, minyak pelincir atau bahan
tambahan yang tidak diluluskan oleh PROTON.
2.1.6 Penggantian bahagian-bahagian haus dan lusuh terkandung dalam servis penyelenggaraan berkala biasa seperti palam
pencucuh, titik, tali sawat pemacu, bilah pengilap, pelapik brek, klac, mentol lampu, fius, penapis, pengering dan penakung
bahan pendingin, minyak pelincir dan cecair, tidak dilindungi apabila ditukar ketika servis penyelenggaraan biasa yang
8
Warranty Terms and Conditions (Terma dan
Syarat Jaminan)
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.