diperlukan untuk penggunaan kenderaan kecuali alat yang dikenalpasti diganti disebabkan oleh kecacatan dari segi bahan
atau mutu kerja.
2.1.7 Kos tenaga kerja, alat-alat ganti dan/atau minyak pelincir berhubung dengan servis penyelenggaraan seperti penalaan
enjin, pembersihan karbon dan kotoran minyak, penyelarasan brek dan klac, tali sawat pemacu dan alat-alat ganti yang
berkaitan, penjajaran dan pengimbangan roda, menukar silang tayar dan lain-lain servis penyelenggaraan yang biasanya
diperlukan untuk penggunaan kenderaan.
2.1.8 Karat pada kemasan atau permukaan berpunca daripada umpilan akibat daripada serpihan batu atau kesan calar pada
cat, kehausan dan kelusuhan atau kemerosotan seperti perubahan warna, pelunturan, perubahan bentuk atau pengaburan.
2.1.9 Kerosakan atau kakisan permukaan disebabkan oleh persekitaran seperti hujan asid, tindak balas kimia daripada udara
dan persekitaran seperti keadaan di persisiran pantai, getah pokok, garam, hujan batu, angin ribut, kilat, banjir, tahi burung,
pencemaran industri, sisa habuk industri, debu, bencana alam dan yang seumpamanya.
2.1.10 Pengubahsuaian yang tidak sah, gangguan atau penukaran pada odometer kenderaan yang mengakibatkan bacaan
batuan pada kenderaan tidak tepat dan tidak dapat ditentukan.
2.1.11 Sebarang kecacatan pada gelas seperti pecah, kesan calar, penyerpihan tepi atau pengherotan optikal akibat selain
daripada kecacatan bahan atau mutu kerja atau bukti kukuh yang disebabkan oleh kecacatan daripada pengilang.
2.1.12 Kerugian secara kebetulan atau berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon, caj teksi dan
penyewaan kereta, penundaan kereta, bahan api, bil-bil hotel, kerugian masa serta kesulitan atau kerugian komersial.
2.1.13 Kecacatan akibat penyusunan simpanan yang tidak sempurna di tempat pengedar, penyelenggaraan tidak sempurna
dan servis am, dan kerosakan-kerosakan dijumpai selepas memeriksa kenderaan dan bersetuju menerima kenderaan semasa
proses penyerahan.
2.1.14 Kecacatan pada peralatan, alat dan aksesori selain yang dinyatakan dan dipasang pada kenderaan oleh PROTON dan
kecacatan baru akibat dari penggunaan peralatan alat dan aksesori yang tidak dinyatakan.
2.1.15 Sebarang perubahan berlaku kepada kenderaan anda selepas suatu tempoh masa dengan penggunaan biasa seperti
sedikit ketidakaturan yang dikenalpasti tidak akan memberi kesan kepada kualiti dan fungsi kenderaan atau bahagiannya,
fungsi yang di luar aturan dan kecacatan tampak hanya dalam keadaan tertentu atau pengendalian di luar aturan. Nota :
Contoh-contoh biasa bagi “sedikit ketidakaturan tidak akan dikenalpasti akan memberi kesan kepada fungsi kualiti terhadap
kenderaan atau bahagiannya, fungsi yang di luar aturan adalah seperti berikut:
9
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.