• Kebocoran minyak atau lain-lain cecair berhampiran kedap minyak, pemadat dan sambungan juga memberi kesan jumlah
penurunan takat minyak.
• Sedikit kebisingan atau gegaran kecil yang tidak memberi kesan kepada operasi kenderaan atau fungsi komponen-komponen.
3 JAMINAN KALIS LUBANG AKIBAT KARAT
3.1 Terma dan syarat
3.1.1 Jaminan kalis lubang akibat karat ini, seperti yang dinyatakan di atas dalam perenggan 1.3.4, adalah tertakluk kepada
syarat-syarat berikut;
3.1.1.1 Jumlah tuntutan keseluruhan dalam tempoh jaminan TIDAK BOLEH melebihi agregat RM 5,000.00. Jika jumlah tuntutan jaminan melebihi jumlah agregat
RM 5,000.00, ianya tertakluk kepada budi bicara PROTON sama ada untuk meluluskan atau menolak jumlah tuntutan lebihan tersebut.
3.1.1.2 Kenderaan Proton dihantar kepada pengedar atau wakil pengedar PROTON yang sah untuk pemeriksaan badan kenderaan sekali setiap 12 bulan dengan
perbelanjaan sendiri. Butir-butir pemeriksaan hendaklah dimasukkan dalam buku ini termasuk tarikh, bacaan kilometer, kerja-kerja pemeriksaan dan cop Pusat
Servis PROTON. Pemeriksaan ini adalah wajib dan sekiranya tidak dipatuhi, jaminan ini dengan sendirinya dianggap batal dan tidak sah.
3.2 APAKAH YANG TIDAK DILINDUNGI DI BAWAH JAMINAN KALIS LUBANG AKIBAT KARAT
Jaminan kalis lubang akibat karat ini tidak terpakai untuk bahagian yang tidak dirawat dengan pelindung kalis karat seperti
permukaan bercat di bahagian luar kenderaan, kesan calar pada cat, kemasan bersalut dengan krom atau logam, tabung
sistem ekzos enjin-manifold, penukar bermangkin atau alat mekanikal, lubang yang dimasuki oleh bahan yang tidak boleh
ditembusi seperti buih atau bahan asing lain.
10
Warranty Terms and Conditions (Terma dan
Syarat Jaminan)
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.