TANGGUNGJAWAB PEMILIK: PELAN PENJAGAAN
KENDERAAN ANDA
1 – PEMERIKSAAN PRA-PENGHANTARAN
PROTON telah memeriksa kenderaan anda mengikut tahap
piawaian kilang yang disarankan. Pastikan borang PE-
MERIKSAAN PRA-PENGHANTARAN dalam buku servis ini diisi
dengan lengkap semasa kenderaan ini diserahkan kepada
anda. Pemeriksaan pra-penghantaran ini adalah bukti yang
menunjukkan kenderaan baru anda berada dalam keadaan
yang baik semasa anda menerima kenderaan baru anda.
2 – KELAYAKAN JAMINAN
Pastikan anda mengikuti servis penyelenggaraan berkala
seperti yang tercatat di dalam buku servis ini. PROTON
memerlukan anda untuk melakukan servis penyelenggaraan
hanya di pusat servis PROTON yang sah. Simpan semua resit
penyelenggaraan kenderaan anda. Pastikan rekod servis anda
diisi dengan lengkap oleh pusat servis PROTON yang sah.
3 – PENGGUNAAN ALAT GANTI TULEN
Adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk selalu meng-
gunakan alat ganti tulen dan aksesori PROTON. Ini akan
mempastikan spesifikasi kenderaan yang asal dikekalkan dan
alat-alat gantian berada di tahap mutu yang sama dengan
peralatan kenderaan yang asli. Ini juga akan memastikan
kenderaan menepati kehendak peraturan kerajaan berhubung
dengan keselamatan kenderaan dan kawalan alam sekitar.
Penggunaan alat ganti yang tidak mengikut spesifikasi yang
betul boleh mendatangkan kerosakan atau kecederaan dan
menyebabkan jaminan tidak sah.
4 – PERLAKSANAAN SERVIS PENYELENGGARAAN
Pastikan kenderaan ini berfungsi dengan betul dan
berkeadaan baik. Pastikan anda mengikuti servis penyeleng-
garaan berkala seperti yang tercatit di bahagian “SERVIS
PENYELENGGARAAN BERKALA” di dalam buku servis ini.
Hanya lakukan servis di pusat servis PROTON yang sah.
5 – SERVIS PENYELENGGARAAN BERKALA BAGI BREK
KEGUNAAN LASAK
Sekiranya kenderaan anda kerap digunakan dalam keadaan
yang lasak, sesetengah bahagian kenderaan ini perlu
diselenggarakan dengan lebih kerap. Pusat servis PROTON
yang sah boleh menyarankan apa yang perlu diselenggarakan.
Rujuk pada bahagian “SERVIS PENYELENGGARAAN BERKALA
BAGI BREK KEGUNAAN LASAK” di dalam buku servis ini.
6 – PENYELENGGARAAN SERVIS BERKALA BAGI BREK
Semua kenderaan (termasuk kenderaan komersial yang digun-
akan untuk teksi, sewa dan sekolah memandu) adalah dis-
arankan untuk menjalani pemeriksaan berkala atau servis
bahagian brek di pusat servis sah PROTON. Semua kenderaan
dijangkakan berfungsi berdasarkan kriteria-kriteria yang
berikut:
• Penggunaan pelapik brek/drum brek PROTON yang tulen
sahaja sepanjang masa.
• Sebarang penggantian atau pembaikan perlu dilakukan
hanya oleh pusat servis sah PROTON.
• Sekiranya brek beroperasi dengan tidak normal, bawa
kenderaan anda ke pusat servis sah PROTON yang ber-
dekatan untuk kerja pembaikan.
Kegagalan mematuhi kenyataan di atas boleh mem-
batalkan jaminan yang ada pada kenderaan ini.
NOTA
(1) Bagi memastikan prestasi yang optimum bagi drum brek
dan/atau pelapik brek yang baru, sila pastikan penggun-
aan drum brek/pelapik brek telah menjangkaui perjalanan
13
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.